18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

27 April, 2015

Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat JPN Kelantan: WE ARE THE CHAMPION!!!













Majlis telah berlangsung pada 27 April 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. SKSYP2 telah merangkul Anugerah Pencapaian Sukan Terbaik Kategori Sekolah Rendah dan dinobatkan selaku Johan Keseluruhan bagi kategori tersebut. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh warga SKSYP di atas segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Jentera Kokurikulum sekolah ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya. Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik semua warga sekolah ini, tanpa kerjasama yang utuh daripada semua pihak sudah pasti kejayaan ini tidak akan dapt dirasai. Admin mendoakan semoga trofi yang dimenangi akan dapat dikekalkan di sekolah ini untuk tahun-tahun mendatang dan semoga lebih banyak kejayaan manis dalam bidang Kokurikulum akan dapat dikecapi di masa hadapan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan