18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

11 September, 2015

Jadual Waktu Baru (September 2015)

Perubahan Jadual Waktu - Versi 1.7

Jadual waktu pdp versi 1.7 telah dikeluarkan pada hari ini dan akan berkuatkuasa pada 15 September 2015 iaitu bermula hari isnin depan. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan pihak sekolah memberikan khidmat terbaik di samping memenuhi keperluan pekeliling perkhidmatan. Perubahan utama yang dilakukan adalah dengan memanjangkan tempoh waktu persekolahan pada hari isnin - selasa untuk tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) iaitu sehingga pukul 1.15 tengah hari. Hari rabu dan khamis murid tahap 1 dapat pulang seperti biasa iaitu pada pukul 12.45 tengah hari. manakala bagi tahap 2 tiada sebarang perubahan waktu pembelajaran dilakukan dan kekal seperti sebelum ini. Beberapa kesilapan dalam jadual waktu terdahulu telah diperbetulkan dan dikemaskini semula. Jika terdapat sebarang masalah, anda boleh berhubung terus dengan pihak sekolah. terima kasih



Pesanan daripada:
Setiausaha Jadual Waktu SKSYP2