18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

20 September, 2016

Program Pasca UPSR

Bermula hari Isnin 19.9.2016 (kelmarin) program pasca upsr telah dilancarkan. Murid-murid tahun 6 diberikan taklimat oleh guru-guru tahun 6 tentang aktiviti ini yang akan berjalan selama 2 minggu dan murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

03 September, 2016

Ujian Bulan September

Bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu minggu peperiksaan UPSR dan sebagai sebahagian daripada pentaksiran sekolah untuk menguji tahap kemahiran murid maka murid tahun 4 dan 5 turut dibekalkan dengan ujian bulanan. Jadual waktu peperiksaan adalah seperti berikut:


Untuk download jadual waktu dalam bentuk pdf, sila klik link di bawah:


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016!!! (Download Jadual Peperiksaan UPSR 2016)

Selamat Menduduki UPSR dan Selamat Mencapai 6A dalam peperiksaan!!!




Sila muat turun jadual waktu UPSR di sini (sila klik pautan di bawah):



PERINGATAN: Diingatkan supaya murid-murid perlu membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru-guru dan tidak lupa juga peralatan tulis yang sesuai. !!! 

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) telah DIBUKA!



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada ibu bapa yang mempunyai anak tahun 6 dan bakal menduduki UPSR boleh melayari laman web berikut untuk permohonan ke Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) secara online untuk kemasukan ke tingkatan 1 bagi tahun 2017:

https://public.moe.gov.my (sila klik pautan ini)

sila muat turun panduan pengisian di sini: 
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf


Pendaftaran sudah dibuka bermula kelmarin (2.9.2016) dan berakhir pada 30 September 2016. Ibu bapa perlu menggunakan ID sendiri bukan ID anak untuk mendaftar. Mohon ibu bapa dan penjaga murid mengambil tindakan segera membuat pengisian awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan juga untuk urusan pengesahan Guru Besar.

Pesanan ini adalah daripada Guru Besar SKSYP[2], En. Zuraidi b. Shafii
Mohon hebahkan kepada semua ibu bapa dan penjaga. 

Terima kasih dan harap maklum.

01 September, 2016

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Jika pada siangnya, murid-murid meraikan sambutan bulan Kebangsaan, pada malamnya pula murid-murid tahun 6 bersolat hajat dan membaca Yasin sebagai persiapan rohani untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba pada hari Isnin depan iaitu pada 5.9.2016. Majlis telah berlangsung di Surau SKSYP[2] dan melibatkan kehadiran murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing serta guru-guru tahun 6 dan ajk PIBG. Majlis turut diserikan lagi dengan slot ucapan Guru Besar dan wakil guru tahun 6 serta sesi ceramah bersama penceramah jemputan, Tn Hj. Nik Muhammad Nik Lib.

Murid-murid sedia untuk bacaan Yasin

Guru Besar memberikan ucapan alu-aluan

 Sesi ceramah bermula

Murid-murid tekun mendengar ceramah

Kedua-dua murid lelaki dan perempuan memberikan kerjasama untuk sama-sama hadir ke majlis solat hajat ini


Ucapan cikgu Rujmi selaku wakil guru tahun 6

Program "KEMUNCAK" Sambutan Bulan Kebangsaan 2016

Program Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 1 September 2016 di perkarangan SK Sultan Yahya Petra 2. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat, diikuti dengan nyanyian lagu patriotik dan kibaran bendera Jalur Gemilang serta perarakan Hari Kebangsaan bersama seluruh warga Petra[2]Krai. Selain itu aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti pertandingan basikal berhias, kostum hari Kebangsaan, persembahan sajak dan nyanyian lagu. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Petra[2]Krai kerana mampu menjalankan program yang penuh meriah ini dalam keadaan kesempitan masa dan tenaga.