07 April, 2015

SKSYP2 Terpilih Terima Baucar Tuisyen Bank Rakyat






 SK Sultan Yahya Petra 2 adalah antara 6 buah sekolah yang telah terpilih selaku penerima baucar tuisyen sumbangan Bank Rakyat di bawah program Tuisyen "Didik Rakyat" Tajaan Yayasan Bank Rakyat Malaysia. Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 5 April yang lalu yang bertempat di Dewan Iltizam, SMK Bandar Kuala Krai dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Saiful Yazan b Sulaiman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat. Sksyp2 telah diwakili oleh Guru Besar, guru-guru dan beberapa orang murid bagi menerima sumbangan tersebut. Kami seluruh warga SKSYP2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat atas sumbangan yang tidak terhingga ini.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama