18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

16 Februari, 2017

MILO KE SK SYP 2

Bersama MILO lagi. Kedatangan MILO ke SK SYP2 pagi ini memberI kesegaran kepada semua murid-murid. Ceria dan cergas semua.
MILO MALAYSIA


05 Februari, 2017

JADUAL WAKTU 2 BAGI TAHUN 2017...BERMULA 5 FEBRUARI 2017

Jadual Waktu terbaru yang ke 2 dan digunapakai bermula 5 Februari 2017. Semua warga SK Sultan Yahya Petra 2 boleh memuat turun di JADUAL WAKTU. Semoga memberi manfaat.

TERIMA KASIH POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN JOM KE SEKOLAH DAN PERASMIAN PETI ADUAN MURID 5 FEBRUARI 2017


Objektif Program Jom ke Sekolah ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.  Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.

SK Sultan Yahya Petra 2 ingin  merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).