18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

05 September, 2019

PENTADBIRAN SEKOLAH


LAGU SEKOLAH

TAJUK: SKSYP2 TERBILANG

Disini langkahku bermula
Disini citaku menjelma
Disini ku kenal dunia
Disini ku rasa bahagia

Bersamamu guruku penyayang
Kanku jadi warga yang cemerlang
SKSYP2 
Pasti terbilang 
Ke puncak jaya yang gemilang

Berkat rahmat dari Ilahi
Ilmu akhirat juga duniawi
Transformasi dan inovasi
Jati diri berbudi tinggi

Transformasi dan inovasi
Jati diri berbudi tinggi




PROFIL SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH


FALSAFAH SEKOLAH

Bahawa kami berkeyakinan semua murid mempunyai keupayaan dan potensi untuk maju dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan jati diri. Justeru itu peluang yang seluas-luasnya haruslah disediakan bagi mereka mengembangkan kebolehan, membangunkan diri, berakhlak mulia, berkesopanan serta berdedikasi dan mempertingkatkan potensi mereka bagi mencapai kecemerlangan akademik, fizikal yang cergas, kesempurnaan sosial dan kehalusan budi pekerti mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing dengan bantuan dan bimbingan yang berterusan dari guru. Kami juga yakin bahawa kami mempunyai keupayaan akademik dan ikhtisas untuk menjayakan falsafah ini.

VISI 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

MATLAMAT

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia bersatu padu.
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
MOTTO

Azam, Usaha, Jaya

SLOGAN

Tiada hasil yang luar biasa melainkan  dengan usaha yang luar biasa



10 Disember, 2017

TAKLIMAT BERSAMA IBUBAPA DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2018

     Satu taklimat bersama ibubapa murid tahun 1 2018 akan diadakan pada 27 Disember 2017 bermula jam 8.30pagi di Dewan Cempaka, SK Sultan Yahya Petra 2. Taklimat akan disampaikan sendiri oleh Guru Besar, En Zuraidi b Shafii. Juga akan diadakan ialah pendaftaran murid Tahun 1 2018 selepas berakhirnya taklimat tersebut. Pendaftaran akan diadakan di kelas murid masing-masing. Semasa pendaftaran, murid-murid akan dibekalkan dengan buku-buku teks pembelajaran. Buku-buku tersebut hendaklah dibalut kemas sebelum bermulanya sesi pembelajaran 2018.