18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

31 Mac, 2016

Jadual Waktu April 2016 telah dikeluarkan!!!!

Jadual Waktu versi 2016v2.9 (April 2016) telah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan telah dimuatnaik ke portal Edupage. Ibubapa, guru dan murid boleh mengakses  jadual waktu masing-masing bermula hari ini. Jadual terbaru ini akan berkuatkuasa pada hari Ahad iaitu 3 April 2016 dengan arahan Guru Besar SKSYP2, En. Zuraidi b Shafii. Harap Maklum. 


27 Mac, 2016

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Frog VLE 2016

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh PK HEM, En. Mohd Shukri b Ahmad pada 27 Mac 2016 sewaktu perhimpunan pagi dan dipengerusikan oleh Pn Saniza bt Abdullah Sani selaku Guru Penyelaras Nilam dan dibantu oleh En Muhd Syahmin b Abdul Aziz selaku Penyelaras Frog VLE. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk nyanyian lagu Nilam, bercerita dan sesi soal jawab siapa cepat dia dapat.


 Pamplet/buku program Pelancaran Nilam dan Frog VLE 2016


 Doa dilafazkan oleh al-fadhir Ustz Al-Nawawi b Hussin sebagai tanda permulaan majlis



 Pn Saniza bt Abdullah Sani selaku pengacara majlis

 Ucapan perasmian disampaikan oleh PK HEM, En. Mohd Shukri b Ahmad

 Nyanyian lagu Nilam oleh murid-murid SKSYP2

 Murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru berkisarkan Nilam dan Frog VLE



 En Mohd Fadli b Ismail selaku Juruaudio sekolah 

 En Mohd Fadli masih lagi mampu tersenyum walau penat melayan kerenah murid

 Antara murid yang berjaya menjawab soalan lisan dengan betul



 En Azmazi sebagai Jurufoto sekolah

PK HEM menyampaikan hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul

20 Mac, 2016

Pelancaran Portal Sekolah Versi 2.0



Portal sekolah versi 2.0 telah dilancarkan dan mula beroperasi. seperti biasa Walau bagaimanapun, kandungan dan maklumat yang dipaparkan masih belum dikemaskini dan akan dimuatnaik secara beransur-ansur. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam proses naik taraf portal sekolah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Layari 
http://sksyp2.blogspot.my
untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan paparan baru portal sekolah SKSYP2

13 Mac, 2016

Taklimat SPKS dan Bengkel PA-21 bersama Pegawai PPD Kuala Krai

Satu taklimat berkaitan sistem pengurusan kualiti sekolah dan pembelajaran abad ke-21 telah diadakan pada 13 Mac 2016 bertempat di dewan Cempaka SKSYP2. Taklimat telah disampaikan oleh wakil PPD Kuala Krai iaitu En. Jawaz b Sharif (Jaminan Kualiti) dan Pn. Aida bt Zahari (Bahasa Inggeris) bersama Fasilinus dan SIC+. Diharapkan taklimat ini mampu memberikan panduan dan pengetahuan berguna buat semua guru dalam mendokong aspirasi KPM. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Wassalam...
























12 Mac, 2016

Pertandingan Mewarna Tajaan Nestle

5 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk SK Sultan Yahya Petra 2, SJKC Yuk Chai, SK Bandar Kuala Krai, SK Banggol Guchil dan SK Kuala Krai. Beberapa peserta dari sekolah lain turut menyertai dengan pembelian produk Koko Krunch. 30 orang murid sekolah ini telah hadir dan menyertai pertandingan ini. 2 orang murid SKSYP2 telah dinobatkan sebagai johan masing-masing bagi kategori A dan B dan menerima hadiah berupa basikal. Pada masa yang sama 2 orang lagi murid sekolah ini telah mendapat saguhati kategori A dan 2 orang mendapat saguhati untuk kategori B. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru pengiring dan ucapan terima kasih buat ibubapa yang sanggup menemani anak-anak ke pertandingan ini. Kerjasama yang erat telah ditonjolkan oleh seluruh warga SKSYP2. SYABAS!!!







04 Mac, 2016

Jadual UBB 1 (Ujian Awal Tahun) Mac 2016

Jadual ujian bulan Mac telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan SKSYP2. Sila klik pada jadual di bawah untuk memuat turun jadual atau ingin melihat paparan lebih jelas


 Jadual Ujian Mac 2016 Tahap 1
Tahap 1: Tahun 1,2 dan 3

 Jadual Ujian Mac 2016 Tahap 2
Tahap 2: Tahun 4, 5 dan 6

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak sekolah di talian 09-9665195 atau berhubung terus dengan S/U Peperiksaan dalaman (019-4506200 - En Syahmin).