18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

23 April, 2014

Data Murid Terkini

Data murid ini berdasarkan APDM bertarikh 23.4.2014. Mohon guru kelas sentiasa mengemaskini data murid kelas masing-masing dengan segera sekiranya ada perubahan.

20 April, 2014

Kejohanan Bola Sepak MSSZ2 2014

Kejohanan telah berlangsung pada 16.4.2014. Pasukan sekolah telah mendapat tempat kedua pada kejohanan kali ini dibezakan dengan jaringan gol. Tahniah diucapkan.

Penyampaian hadiah program Enrich Pupils Vocab


Program telah diadakan pada 13 hingga 17 April 2014. Semua murid diberikan lembaran perbendaharaan kata bahasa Inggeris untuk disiapkan. Tahniah kepada semua pemenang dan panitia bahasa Inggeris yang menganjurkan program ini.

13 April, 2014

Pelancaran program NILAM 2014

Majlis telah dilancarkan oleh tuan guru besar,Encik Abdullah bin Hasan pada 13 April 2014. Semoga dengan pelancaran ini akan meningkatkan lagi amalan membaca dikalangan warga SKSYP2 sekaligus memacu kecemerlangan akademik dan kejayaan di masa depan.

11 April, 2014

Solidariti Warga SKSYP2 kepada MH370

Warga SKSYP2 turut menzahirkan rasa simpati diatas kehilangan pesawat MAS MH37. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.