18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

14 April, 2015

Perasmian Program Sifar Ponteng & Guru Penyayang SKSYP2 2015


















Majlis perasmian Program Sifar Ponteng dan Guru Penyayang telah berlangsung pada 12 April yang lalu iaitu pada hari Ahad sewaktu perhimpunan  mingguan sekolah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh wakil PPD Kuala Krai dari unit Hal Ehwal Murid iaitu En. Mohd Nazri bin Mohd Ali dalam suasana yang sungguh ceria dan harmoni. Semoga apa yang diperkatakan oleh beliau menjadi pembakar semangat kepada murid-murid untuk terus hadir ke sekolah demi mencapai target purata kehadiran setahun yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekurang-kurangnya 95%. Warga SKSYP2 juga turut mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada guru-guru yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Januari hingga Mac. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang bertanggungjawab menjayakan upacara ini. Semoga usaha kita ini mendapat rahmat dan berkat daripada Ilahi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan