18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

05 April, 2015

MTQ ZON2 2015: MURID SKSYP2 TONJOL KEBOLEHAN RANGKUL ANUGERAH







Pertandingan MTQ peringkat Zon 2 Kuala Krai telah berlangsung pada 2 April 2015 bertempat di SKSYP1. Pertandingan ini memperlihatkan dominasi sekolah ini dalam Tilawah Al-Quran yang mana adik Nik Muhd Hazim b Nik Abdul Aziz telah merangkul johan dalam kategori lelaki manakala adik Nurul Husna Izzati bt Anuar merangkul naib johan untuk kategori perempuan. Untuk pertandingan bercerita, SKSYP2 telah menghantar 2 peserta yang diwakili oleh adik Shafika Alia bt. Shahrulnizam dan Muhd Hafiz Amzar yang masing-masing membawa pulang anugerah naib johan dan saguhati. Selain itu sekolah ini turut menghantar 2 orang wakil pertandingan Hafazan iaitu adik Ahmad Haziq Aiman b Ahmad Zaki dan Nurul Hafizah bt Anuar namun sekadar mendapat saguhati. Walaubagaimanapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar yang sudi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang mengambil bahagian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan