22 Jun, 2016

Program Ihya' Ramadhan

Pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan di sepanjang bulan puasa ini bagi memenuhi tuntutan agam untuk menambahkan amal ibadat dan menghidupkan hari-hari pada bulan ini dengan program-program berunsur keagamaan. Antaranya ialah tazkirah dan kuiz Ramadhan pada setiap pagi dan tadarus al-Quran pada waktu rehat.

Uztaz Al-Nawawi menyampaikan tazkirah beliau di dataran kejat. Tazkirah disampai secara bergilir-gilir antara ustaz dan ustazah mengikut jadual yang disediakan.

Murid-murid tekun mendengar tazkirah sambil menjawab soalan kuiz Rmadhan.

Semua murid berkumpul untuk bersama-sama membaca al-Quran di surau sekolah pada waktu rehat

Murid-murid kecil mendengar alunan bacaan al-Quran yang sedang dibacakan

Bacaan al-Quran diketuai oleh ustaz Al-Nawawi


Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama