18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

20 Jun, 2016

Iftar Ramadhan Perdana Petra2

Majlis berbuka puasa perdana telah dilangsungkan pada hari Isnin (20.6.2016) minggu lepas dalam suasana yang sederhana tapi meriah dengan gotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa serta penuh dengan program-program kerohanian seperti solat berjemaah, alunan zikrullah dan solat Terawih secara berjemaah di surau sekolah. Dif-dif jemputan termasuk KPPD, Tn. Hj. Anwar b. Mamat dan pegawai-pegawai PPD lain serta AJK PIBG sekolah. Murid-murid tahun 6 turut terlibat sama dalam menjayakan majlis ini. Syabas SYP2!!!

 Ketua chef, Ustazah Normaziah tak menang tangan menyediakan lauk-pauk untuk berbuka.


Guru-guru dan semua staf teramasuk pekerja swasta turut membantu menyediakan bahan-bahan untuk masakan. Kerjasam berpasukan inilah yang menyatukan seluruh warga Petra 2

Guru-guru lelaki turut membantu menyiapkan juadah. Buah nenas Cikgu Rujmi memang manis dan terbaik dari ladang tidak lupa juga tuan Guru Besar dan semua warga Petra 2 yang menyumbangkan dana untuk majlis berbuka puasa kali ini. 

PKP, En. Abdul Hamid turut memberikan pertolongan di dapur...tidak wujud unsur individu di sini semuanya bekerjasama membuat persiapan berbuka puasa.

Walaupun berbaju kemeja dan berbaju kurung tetapi tetap tidak menghalang guru-guru dari mengotorkan tangan membantu di dapur. 

Admin mohon maaf kerana tidak sempat muat naik gambar-gambar waktu berbuka. Walau bagaimana majlis tetap berjalan lancar walaupun ada sedikit kekangan dari segi masa dan tenaga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan