18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

17 Jun, 2016

Jadual Waktu JUN 2016 telah dikeluarkan!!!



Jadual waktu terbaru (Jun 2016) versi 2016v3.8 telah dikeluarkan dan diedarkan kepada semua murid bermula kelmarin dalam bentuk hard copy dan akan berkuatkuasa pada 20/6/2016 (Isnin). Jadual online juga telah dikeluarkan dan dapat diperoleh melalui laman edupage sekolah. Jadual baru ini dikeluarkan atas alasan kehadiran 3 orang guru baru termasuk PKP. Beberapa perubahan juga telah dilakukan untuk memberi kemudahan kepada semua warga SKSYP2. Antaranya ialah jadual terbaru boleh dicetak dalam warna dan perincian jadual yang lebih lengkap. Diharapkan perubahan ini akan dapat memudahkan urusan semua pihak termasuk ibubapa dalam memastikan murid-murid sentiasa patuh kepada jadual yang disediakan. Terima kasih di atas kerjasama semua pihak. Segala kesulitan amat dikesali dan sebarang masalah boleh berhubung terus dengan pihak sekolah di talian 09-9665195 atau emel: petra2krai@gmail.com Terima kasih.


Layari laman web edupage sekolah di alamat: https://sksyp2.edupage.org/? dan pilih jadual waktu untuk melihat jadual waktu anda yang terkini


Pesanan daripada
SU Jadual Waktu SKSYP2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan