18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

15 Februari, 2016

Majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih ~ Terima Kasih Cikgu!

Sebagai simbolik sempena Majlis Persaraan Guru Besar pada tahun ini...bertemakan Pakaian Tradisional Melayu Kelantan

Malam persediaan sebelum hari yang ditunggu-tunggu

Ustazah Lailawani tekun menghias Limousin yang bakal membawa orang yang diraikan keesokan harinya

PKP tunjuk contoh pemakaian sebagai dorongan





Gambar kenangan bersama wakil PPD, Guru Besar sekolah sekitar, pentadbir dan PIBG sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah

Guru Besar mula berjalan masuk ke kawasan sekolah sebagai tanda bermulanya majlis

Disambut dengan bunga mangar yang berwarna-warni sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu pagar utama sekolah

Disambut oleh timbalan ketua pengawas, adik Hariz Amzar  


Langkah terhenti seketika....

Rupa-rupanya persembahan pencak silat mengalu-alukan para tetamu sedang dipersembahkan

Guru Besar mengetuai gerombolan meneruskan perjalanan masuk untuk menjamu selera 

 Beramah mesra buat kali terakhir bersama tetamu yang hadir sambil menjamu selera


Bergerak masuk ke dewan Cempaka sebaik selesai makan beradab

Bermulanya acara di dewan sejurus pengumuman ketibaan gerombolan Guru Besar yang diraikan

Bak sultan yang berkuasa dan kaya-raya didampingi oleh para pembesar dan laksamananya 

Dif-dif kehormat mengambil tempat masing-masing di dalam dewan


Kalungan bunga dan hadiah menghiasi pentas Dewan


Guru-guru dan kakitangan mula memenuhi ruang belakang dewan untuk memulakan majlis


Pn Zainah bt Umar bertindak selaku juruacara pada majlis kali ini...Alunan kata-katanya sungguh santun dan syahdu




Ucapan ketua pengawas oleh adik Syafiqah Alia bt Sharif Za'ba

Ucapan pembukaan majlis oleh wakil PPD, En. Zahari b Hamat

Disusuli dengan ucapan oleh PKP mewakili semua guru dan kakitangan...adakah ini bakal menjadi ucapan terakhir beliau di sini????

YDP PIBG, En. Nik Abdul Aziz mewakili PIBG menyampaikan ucapan seterusnya

Tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh warga SKSYP2...Ucapan dan amanat terakhir oleh Guru Besar sempena persaraan beliau dari arena pendidikan 


Pakar Audio, En. Mohd Fadli Ismail dan Juru ICT merangkap admin blog, En. Muhd Syahmin berganding-bahu memastikan sistem audiovisual termasuk sound sistem dan persembahan montaj tidak mengalami sebarang gangguan sepanjang majlis berlangsung 

Gimik majlis...tiba-tiba sahaja upacara sambutan hari lahir Guru Besar diadakan sempena sambutan hari lahirnya pada keeseokan hari...Selamat Hari Lahir buat Guru Besar kami yang disayangi 

Persembahan pencak silat sekali lagi memeriahkan suasana majlis











Selesai sahaja acara di dewan disusuli dengan acara bersalam-salaman dan beramah mesra buat kali terakhir bersam GB yang diraikan

Team SuperBest Power tidak ketinggalan bergambar bersama...memberikan komitmen yang tinggi menggayakan pemakaian bertema...terbukti jejaka petra memang komited menjalankan tugas


Kehadiran mengejut Pegawai PPD Kuala Krai, Tn. Hj Anuar b Mamat sempat tiba untuk memberikan penghormatan sempena persaraan Guru Besar En. Abdullah b Hassan




Lambaian terakhir Guru Besar buat warga sekolah sebagai tanda berakhirnya perkhidmatan beliau selama 38 tahun di sekolah...Jasa dan pengorbanan anda hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya...Terima Kasih dan Jumpa Lagi buat Guru Besar SKSYP2





Montaj Persaraan Guru Besar En. Abdullah b Hassan: (Sila klik pautan di bawah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan