17 Februari, 2016

Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai - Emas dalam genggaman...Tahniah!

Tahniah dan syabas kepada penggerak pasukan olahraga sekolah termasuk PK KOkurikulum, Pn Aigi a/p To Wen, barisan jurulatih, En Mohd Zaki b Malik dan Pn Lailawani bt Nor serta semua atlit sekolah di atas kejayaan menggondol emas dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai yang berlangsung kelmarin di SMK Mengkebang. Sesungguhnya kejayaan ini memberikan seribu satu sinar kepada pembangunan sukan sekolah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini tidak kira sama ada secara langsung atau tidak. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut: 

80m lari berpagar (L): JOHAN
80m lari berpagar (P): JOHAN & NAIB JOHAN
100m lari pecut (L): JOHAN
100m lari pecut (P): JOHAN
200m (L): JOHAN
Lompat jauh (L): NAIB JOHAN
Lontar peluru(L): JOHAN & TEMPAT KE-3
Lontar peluru(P): JOHAN

KESELURUHAN: JOHAN

Ammar senyum lebar bersama PKKO yang menjadi tulang belakang kejayaan 




Adik Izzat Ridzwan turut berpuas hati dengan prestasinya 





Adik Hazim bersama Pasukan Olahraga sekolah tersenyum bangga dengan keputusan yang diumumkan oleh pegawai urusetia


Semoga JOHAN milik kami lagi tahun hadapan...InsyaAllah....

Label: , ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama