18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

04 Februari, 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016 - SYP2 BOLEH!!!

Pada tahun ini Kejohanan Merentas Desa diadakan lebih awal berbanding tahun lepas di atas faktor-faktor tertentu. Semua guru dan murid memberikan kerjasama yang utuh dalam menjayakan salah satu program terbesar sekolah ini. Program telah dilancarkan seawal 8.00 pagi dengan dimulai dengan acara senam robik sebagai pemanas badan sebelum acara sebenar iaitu merentas desa. Program ini adalah sangat istimewa buat kami kerana ia merupakan program terakhir yang dirasmikan oleh Guru Besar kami iaitu En. Abdullah b Hassan memandangkan beliau bakal bersara pada 15 Februari 2016 ini. Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama seluruh warga sekolah di bawah kendalian Penolong Kanan KoKurikulum, Pn. Aigi a/p To Wen. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Anggota Polis Trafik Balai Polis Kuala Krai yang terlibat dalam mengawal keselamatan lalu lintas sepanjang perjalanan program dari awal sampai akhir. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh warga SKSYP2 di atas kejayaan penganjuran program ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan dicapai pada tahun ini. Amin....    



 










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan