18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

21 Ogos, 2017

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017

Majlis Perasmian Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di Tapak Perhimpunan SK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai. Semua guru dan murid bersama-sama menyambutnya dengan gembira. Kibaran Jalur Gemilang dapat dilihat di sekitar Tapak Perhimpunan. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Zuraidi b Shafii, Guru Besar SK Sultan Yahya Petra 2. Pelbagai acara menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan