18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

07 Mei, 2015

Skuad Catur: Sejarah Berulang Lagi...SKSYP2 Punyai Kelas Tersendiri


Kejohanan Catur MSS Kelantan 2015

Johan: Haziqah

Naib Johan: Nadzirah











Sekali lagi skuad catur bimbingan Pn. Robiah bt Yusof tonjol belang selaku juara bertahan 
Kejohanan Catur MSS Kelantan bawah 12 tahun. Kecil-kecil cili padi Adik Siti Nur Haziqah bt Mohd Haslam berjaya mempertahankan reputasinya selaku juara bertahan manakala naib johan turut disandang oleh wakil dari sekolah ini iaitu adik Nik Nur Nadzirah bt Nik Mohd Azrihan. Tahniah dan syabas kepada skuad catur yang telah mengharumkan nama sekolah saban tahun. Kami warga SKSYP2 mengucapkan semoga skuad catur selamat pergi dan pulang  ke Pulau Pinang pada 7 hingga 11 Jun ini bagi menyertai Kejohanan Catur peringkat Kebangsaan membawa panji-panji SKSYP2, PPD Kuala Krai dan JPN Kelantan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan