18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

05 Januari, 2014

Jasamu dikenang...




Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....begitulah yang telah berlaku pada penghujung Disember 2013 dimana 3 orang guru yang telah lama berkhidmat di SKSYP2 menerima pertukaran ke tempat baru. pertukaran ini adalah pilihan mereka sendiri dan berjaya mendapat tempat yang diinginkan. Ustazah Norilani Abdullah telah berada di sini sejak tahun 2004. Puan Norafizah bt Ishak pula memulakan tugas disini sejak tahun 2005 manakala Puan Lailan Mohamad telah menabur bakti disini sejak 1996.Terlalu banyak jasa kalian semua disini dan dengan ini pihak webmaster sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas budi yang telah ditaburkan. Selamat maju jaya ditempat baru dan jangan lupakan kami disini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan