Majlis jasamu dikenang sempena persaraan tuan guru besar sksyp2, Tuan Haji Norddin Adam. Selamat menempuh alam persaraan. Terima kasih atas segala-galanya.
Sesi fotografi telah berlangsung dengan jayanya pada 26.1.2014. Semoga foto ini akan membawa nostalgia yang menggembirakan Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam, sempena persaraan wajib beliau pada 2.2.2014 nanti.
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR sekolah telah selesai mesyuarat pertama pada 8 Januari 2014. Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk menetapkan target sekolah sebagaimana rajah diatas. Semoga harapan dan impian ini akan tercapai dengan izin Yang Maha Kuasa. Amin.
Jadual waktu sekolah versi ke 3 2014 telah dimuktamadkan. Semua staf, murid dan ibu bapa boleh ke laman http://sksyp2.edupage.org/ untuk melihat dan mencetak jadual tersebut. Harap maklum.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....begitulah yang telah berlaku pada penghujung Disember 2013 dimana 3 orang guru yang telah lama berkhidmat di SKSYP2 menerima pertukaran ke tempat baru. pertukaran ini adalah pilihan mereka sendiri dan berjaya mendapat tempat yang diinginkan. Ustazah Norilani Abdullah telah berada di sini sejak tahun 2004. Puan Norafizah bt Ishak pula memulakan tugas disini sejak tahun 2005 manakala Puan Lailan Mohamad telah menabur bakti disini sejak 1996.Terlalu banyak jasa kalian semua disini dan dengan ini pihak webmaster sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas budi yang telah ditaburkan. Selamat maju jaya ditempat baru dan jangan lupakan kami disini.
Bermula 2014, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu secara online yang boleh diakses oleh semua pihak terutama guru, murid dan ibu bapa. Ianya boleh dilayari di https://sksyp2.edupage.org