18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

11 Oktober, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSYP2 2010

Kejohanan ini berlangsung pada hari Khamis 7.10.2010. Acara tetap dilangsungkan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan dimulai senam robik beramai-ramai diketuai oleh NYDP PIBG, Cikgu Asma dan Cikgu Lailan. Semua guru dan murid mengambil bahagian. Seterusnya pad jam 9.00 am murid dilepaskan mengikut tahun masing-masing dimulai oleh tahun 6. Pelepasan peserta disempurnakan pihak PPD Kuala Krai. Acara tamat jam 10.00 am. Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan di Dewan Cempaka SKSYP2 oleh Tuan  Guru Besar. Semua murid kelihatan ceria pada hari tersebut. Acara ini adalah acara tahunan dan akan diadakan lagi pada tahun depan. Berikut adalah senario pada hari tersebut.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan