18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

06 September, 2009

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR TAHUN 6 2009


Majlis ini baru sahaja selesai sebentar tadi.Semua guru hadir memberikan kata-kata dan amanat terakhir kepada semua pelajar tahun 6 agar melakukan yang terbaik dalam UPSR hari Selasa depan.Majlis ini telah berlangsung di Surau sekolah dan dipengerusikan oleh Puan Noor Bani bt Mohd Yusoof.

Ucapan dimulakan oleh PK Hem, En Shukri b Ahmad yang mewakili tuan guru besar yang masih bercuti akibat jangkitan virus. Beliau menegaskan perlunya pelajar menjaga keselamatan diri dan persediaan untuk UPSR nanti. Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan oleh guru2 yang akan bertugas di sekolah lain semasa UPSR nanti. Selepas itu semua guru turut memberi ucapan masing2. Majlis diakhiri dengan bersalaman antara murid dan guru dan bacaan selawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan