18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

19 Ogos, 2016

Bengkel Bahasa Inggeris UPSR Tahun 6 bersama PPD Kuala Krai

Bengkel BI UPSR telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKSYP[2] dengan kerjasama pegawai SISC+ PPD Kuala Krai yang diwakili oleh En Francis Xavier. Bengkel ini telah diadakan pada 18.8.2016 (Khamis) dan bertempat di Dewan Cempaka SKSYP[2]. Bengkel ini diadakan pada hari yang sama dengan majlis meraikan murid tahun 6 yang menyusuli selepasnya. Semoga program-program seumpama ini mampu memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti. Amin yaa Robbal Aalamin...









Bengkel Frog VLE dan ICT 2016

Bengkel ini adalah salah satu program di bawah panitia TMK sebagai sebahagian aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2016 melalui kerjasama 3 panitia iaitu panitia TMK, Sejarah dan PSV Di bawah program ini, guru-guru dilatih dan diberi pendedahan berkenaan elemen-elemen pembestarian sekolah yang dinilai dalam penarafan SSQS. Semua guru terlibat dalam bengkel ini kecuali pentadbir dan guru-guru tahun 6. Bengkel bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 12,45 tengah hari. Pihak sekolah juga telah menjemput seorang penceramah khas iaitu wakil daripada PKG Kuala Krai, En. Nurul Fakhri b Daud (Timbalan PTP PKG Kuala Krai) untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan bersama guru-guru SKSYP[2]. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat wakil daripada BTPN dan PKG yang sudi hadir bagi melancarkan lagi perjalanan program. Syabas SYP[2]!!!













Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan 2016

Majlis perasmian telah berlangsung dengan jayanya melalui gimik letupan bunga api sebagai tanda bermulanya program sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah pada tahun ini. Majlis telah diadakan pada 14.08.2016 iaitu pada hari Ahad lepas sewaktu perhimpunan. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali, kibaran bendera Malaysia dan negeri, nyanyian lagu patriotik dan lagu tema Hari Kebangsaan 2016 serta sesi bergambar beramai-ramai. SKSYP[2] always the BEST!!!