18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik. Papar semua catatan

03 September, 2016

Ujian Bulan September

Bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu minggu peperiksaan UPSR dan sebagai sebahagian daripada pentaksiran sekolah untuk menguji tahap kemahiran murid maka murid tahun 4 dan 5 turut dibekalkan dengan ujian bulanan. Jadual waktu peperiksaan adalah seperti berikut:


Untuk download jadual waktu dalam bentuk pdf, sila klik link di bawah:


Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) telah DIBUKA!



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada ibu bapa yang mempunyai anak tahun 6 dan bakal menduduki UPSR boleh melayari laman web berikut untuk permohonan ke Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) secara online untuk kemasukan ke tingkatan 1 bagi tahun 2017:

https://public.moe.gov.my (sila klik pautan ini)

sila muat turun panduan pengisian di sini: 
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf


Pendaftaran sudah dibuka bermula kelmarin (2.9.2016) dan berakhir pada 30 September 2016. Ibu bapa perlu menggunakan ID sendiri bukan ID anak untuk mendaftar. Mohon ibu bapa dan penjaga murid mengambil tindakan segera membuat pengisian awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan juga untuk urusan pengesahan Guru Besar.

Pesanan ini adalah daripada Guru Besar SKSYP[2], En. Zuraidi b. Shafii
Mohon hebahkan kepada semua ibu bapa dan penjaga. 

Terima kasih dan harap maklum.

01 September, 2016

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Jika pada siangnya, murid-murid meraikan sambutan bulan Kebangsaan, pada malamnya pula murid-murid tahun 6 bersolat hajat dan membaca Yasin sebagai persiapan rohani untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba pada hari Isnin depan iaitu pada 5.9.2016. Majlis telah berlangsung di Surau SKSYP[2] dan melibatkan kehadiran murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing serta guru-guru tahun 6 dan ajk PIBG. Majlis turut diserikan lagi dengan slot ucapan Guru Besar dan wakil guru tahun 6 serta sesi ceramah bersama penceramah jemputan, Tn Hj. Nik Muhammad Nik Lib.

Murid-murid sedia untuk bacaan Yasin

Guru Besar memberikan ucapan alu-aluan

 Sesi ceramah bermula

Murid-murid tekun mendengar ceramah

Kedua-dua murid lelaki dan perempuan memberikan kerjasama untuk sama-sama hadir ke majlis solat hajat ini


Ucapan cikgu Rujmi selaku wakil guru tahun 6

19 Ogos, 2016

Aktiviti Bulan Kebangsaan Bersama Panitia TMK

Panitia TMK telah mengambil inisiatif mengadakan beberapa aktiviti sempena sambutan bulan Kebangsaan 2016 yang baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad yang lepas. Ini merupakan sebahagian daripada pelan kerjasama antara 3 panitia iaitu Sejarah, TMK dan PSV. Program ini telah diadakan pada hari Selasa (16.8.2016) yang lepas, waktu yang sama berlangsungnya bengkel Frog VLE dan ICT untuk guru-guru SKSYP[2]. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan Kuiz Spontan TMK untuk murid tahun 1 hingga tahun 5, Kuiz Olimpiad TMK untuk tahun 4 dan 5 serta tayangan video Hari Kemerdekaan. Walaupun aktiviti yang dijalankan lebih menjurus ke arah mata pelajaran TMK namun tema sambutan Hari Kebangsaan telah diterapkan dalam program tersebut. Murid telah melahirkan minat yang tinggi dan persaingan yang sihat melalui penglibatan yang proaktif dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. 





 Murid sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh guru



 Kuiz spontan sedang berlangsung








 Guru-guru panitia TMK yang terlibat menjayakan program

Murid sedang menjawab kuiz bertulis TMK






 Tayangan video kemerdekaan



 

Bengkel Bahasa Inggeris UPSR Tahun 6 bersama PPD Kuala Krai

Bengkel BI UPSR telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKSYP[2] dengan kerjasama pegawai SISC+ PPD Kuala Krai yang diwakili oleh En Francis Xavier. Bengkel ini telah diadakan pada 18.8.2016 (Khamis) dan bertempat di Dewan Cempaka SKSYP[2]. Bengkel ini diadakan pada hari yang sama dengan majlis meraikan murid tahun 6 yang menyusuli selepasnya. Semoga program-program seumpama ini mampu memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti. Amin yaa Robbal Aalamin...









Bengkel Frog VLE dan ICT 2016

Bengkel ini adalah salah satu program di bawah panitia TMK sebagai sebahagian aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2016 melalui kerjasama 3 panitia iaitu panitia TMK, Sejarah dan PSV Di bawah program ini, guru-guru dilatih dan diberi pendedahan berkenaan elemen-elemen pembestarian sekolah yang dinilai dalam penarafan SSQS. Semua guru terlibat dalam bengkel ini kecuali pentadbir dan guru-guru tahun 6. Bengkel bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 12,45 tengah hari. Pihak sekolah juga telah menjemput seorang penceramah khas iaitu wakil daripada PKG Kuala Krai, En. Nurul Fakhri b Daud (Timbalan PTP PKG Kuala Krai) untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan bersama guru-guru SKSYP[2]. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat wakil daripada BTPN dan PKG yang sudi hadir bagi melancarkan lagi perjalanan program. Syabas SYP[2]!!!