18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

03 September, 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016!!! (Download Jadual Peperiksaan UPSR 2016)

Selamat Menduduki UPSR dan Selamat Mencapai 6A dalam peperiksaan!!!




Sila muat turun jadual waktu UPSR di sini (sila klik pautan di bawah):



PERINGATAN: Diingatkan supaya murid-murid perlu membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru-guru dan tidak lupa juga peralatan tulis yang sesuai. !!! 

01 September, 2016

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Jika pada siangnya, murid-murid meraikan sambutan bulan Kebangsaan, pada malamnya pula murid-murid tahun 6 bersolat hajat dan membaca Yasin sebagai persiapan rohani untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba pada hari Isnin depan iaitu pada 5.9.2016. Majlis telah berlangsung di Surau SKSYP[2] dan melibatkan kehadiran murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing serta guru-guru tahun 6 dan ajk PIBG. Majlis turut diserikan lagi dengan slot ucapan Guru Besar dan wakil guru tahun 6 serta sesi ceramah bersama penceramah jemputan, Tn Hj. Nik Muhammad Nik Lib.

Murid-murid sedia untuk bacaan Yasin

Guru Besar memberikan ucapan alu-aluan

 Sesi ceramah bermula

Murid-murid tekun mendengar ceramah

Kedua-dua murid lelaki dan perempuan memberikan kerjasama untuk sama-sama hadir ke majlis solat hajat ini


Ucapan cikgu Rujmi selaku wakil guru tahun 6

19 Ogos, 2016

Bengkel Bahasa Inggeris UPSR Tahun 6 bersama PPD Kuala Krai

Bengkel BI UPSR telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKSYP[2] dengan kerjasama pegawai SISC+ PPD Kuala Krai yang diwakili oleh En Francis Xavier. Bengkel ini telah diadakan pada 18.8.2016 (Khamis) dan bertempat di Dewan Cempaka SKSYP[2]. Bengkel ini diadakan pada hari yang sama dengan majlis meraikan murid tahun 6 yang menyusuli selepasnya. Semoga program-program seumpama ini mampu memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti. Amin yaa Robbal Aalamin...









03 Ogos, 2016

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2 (Latihan Kecemerlangan 5)

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2 telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah. Peperiksaan Percubaan 2 akan bermula minggu hadapan pada 8.8.2016 (Isnin) sehingga 11.8.2016 (Khamis). Anda Boleh dapatkan jadual peperiksaan dalam bentuk PDF dalam link di bawah --->>>


Sila klik pada link ini:

01 Ogos, 2016

Bengkel UPSR 2016

Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2016 telah diadakan bagi mempersiap-siagakan para calon UPSR pada tahun ini untuk menghadapi peperiksaan yang kunjung tiba tidak lama lagi. Program ini dijangkakan akan berakhir pada hari Khamis depan dan akan diteruskan dengan kelas intensif tahun 6. Diharapkan bengkel ini sedikit-sebanyak mampu membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan percubaan 2 pada minggu hadapan dan seterusnya mencipta kejayaan buat diri dan sekolah ini. Diharapkan semoga segala usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan Ilahi. Wassalam....














24 Julai, 2016

Program Meletop UPSR 2016

Satu majlis penyerahan mentor mantee Program Meletop telah dilancarkan pagi ini bagi meningkatkan lagi prestasi murid dalam peperiksaan dan sebagai pecutan akhir sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Berslogankan 'Hungga Abis Reng", pihak sekolah telah menjalin kerjasama bersama pihak SMK Sultan Yahya Petra 2 bagi menggunakan khidmat murid-murid SMKSYP2 untuk membimbing dan membantu murid-murid tahun 6 membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba kelak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Pengetua SMKSYP2, En. Ibrahim b. Isha kerana sudi menghulurkan bantuan di saat-saat akhir ini tatkala hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum tarikh peperiksaan sebenar. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada wakil PPD Kuala Krai, En. Azahar b Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini. Semoga segala usaha murni ini akan membuahkan hasil dan kita bersama-sama mencapai kejayaan gemilang di masa akan datang. Insyaa Allah...


Barisan pentadbir sekolah bersama Tuan Pengetua SMKSYP2 dan pegawai PPD 


Wakil murid SMKSYP2 yang dipilih untuk turut serta dalam program ini

Yang Dipertua PIBG, Hj. Nik Abdul Aziz b. Daud turut hadir memeriahkan majlis dan sebagai wakil daripada pihak Ibu Bapa


Ucapan alu-aluan oleh PKP, En. Che Abdul Hamid b. Che Sof


Ucapan oleh Tuan Pengetua SMKSYP2, En. Ibrahim b. Isha




Barisan guru yang turut sama dalam majlis


Ucapan perasmian oleh wakil PPD, En. Azahar b Ismail



Sesi penyerahan mentor-mantee SKSYP2 - SMKSYP2





 

30 Jun, 2016

Dialog Prestasi Guru, Ibu Bapa dan Murid Tahun 1 - 6

Satu program dialog prestasi telah dijalankan di bawah kendalian unit Kurikulum di antara guru, ibu bapa dan semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Program ini adalah sebagai sebahagian usaha pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik murid, terutamanya dalam peperiksaan dengan melibatkan perbincangan 3 hala antara guru, ibu bapa dan murid SKSYP[2].


Walaupun guru memainkan peranan utama mendidik anak-anak di sekolah namun begitu ibu bapa turut perlu membantu untuk memantau pembelajaran anak-anak di rumah bagi mewujudkan satu kesinambungan dalam kecemerlangan akdemik murid-murid. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang telah hadir menjayakan program ini. Semoga prestasi sekolah akan terus meningkat dan menjadi sekolah terunggul di PPD Kuala Krai. InsyaAllah...