18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

19 Ogos, 2016

Aktiviti Bulan Kebangsaan Bersama Panitia TMK

Panitia TMK telah mengambil inisiatif mengadakan beberapa aktiviti sempena sambutan bulan Kebangsaan 2016 yang baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad yang lepas. Ini merupakan sebahagian daripada pelan kerjasama antara 3 panitia iaitu Sejarah, TMK dan PSV. Program ini telah diadakan pada hari Selasa (16.8.2016) yang lepas, waktu yang sama berlangsungnya bengkel Frog VLE dan ICT untuk guru-guru SKSYP[2]. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan Kuiz Spontan TMK untuk murid tahun 1 hingga tahun 5, Kuiz Olimpiad TMK untuk tahun 4 dan 5 serta tayangan video Hari Kemerdekaan. Walaupun aktiviti yang dijalankan lebih menjurus ke arah mata pelajaran TMK namun tema sambutan Hari Kebangsaan telah diterapkan dalam program tersebut. Murid telah melahirkan minat yang tinggi dan persaingan yang sihat melalui penglibatan yang proaktif dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. 





 Murid sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh guru



 Kuiz spontan sedang berlangsung








 Guru-guru panitia TMK yang terlibat menjayakan program

Murid sedang menjawab kuiz bertulis TMK






 Tayangan video kemerdekaan



 

Bengkel Frog VLE dan ICT 2016

Bengkel ini adalah salah satu program di bawah panitia TMK sebagai sebahagian aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2016 melalui kerjasama 3 panitia iaitu panitia TMK, Sejarah dan PSV Di bawah program ini, guru-guru dilatih dan diberi pendedahan berkenaan elemen-elemen pembestarian sekolah yang dinilai dalam penarafan SSQS. Semua guru terlibat dalam bengkel ini kecuali pentadbir dan guru-guru tahun 6. Bengkel bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 12,45 tengah hari. Pihak sekolah juga telah menjemput seorang penceramah khas iaitu wakil daripada PKG Kuala Krai, En. Nurul Fakhri b Daud (Timbalan PTP PKG Kuala Krai) untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan bersama guru-guru SKSYP[2]. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat wakil daripada BTPN dan PKG yang sudi hadir bagi melancarkan lagi perjalanan program. Syabas SYP[2]!!!













27 Mac, 2016

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Frog VLE 2016

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh PK HEM, En. Mohd Shukri b Ahmad pada 27 Mac 2016 sewaktu perhimpunan pagi dan dipengerusikan oleh Pn Saniza bt Abdullah Sani selaku Guru Penyelaras Nilam dan dibantu oleh En Muhd Syahmin b Abdul Aziz selaku Penyelaras Frog VLE. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk nyanyian lagu Nilam, bercerita dan sesi soal jawab siapa cepat dia dapat.


 Pamplet/buku program Pelancaran Nilam dan Frog VLE 2016


 Doa dilafazkan oleh al-fadhir Ustz Al-Nawawi b Hussin sebagai tanda permulaan majlis



 Pn Saniza bt Abdullah Sani selaku pengacara majlis

 Ucapan perasmian disampaikan oleh PK HEM, En. Mohd Shukri b Ahmad

 Nyanyian lagu Nilam oleh murid-murid SKSYP2

 Murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru berkisarkan Nilam dan Frog VLE



 En Mohd Fadli b Ismail selaku Juruaudio sekolah 

 En Mohd Fadli masih lagi mampu tersenyum walau penat melayan kerenah murid

 Antara murid yang berjaya menjawab soalan lisan dengan betul



 En Azmazi sebagai Jurufoto sekolah

PK HEM menyampaikan hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul

20 Mac, 2016

Pelancaran Portal Sekolah Versi 2.0



Portal sekolah versi 2.0 telah dilancarkan dan mula beroperasi. seperti biasa Walau bagaimanapun, kandungan dan maklumat yang dipaparkan masih belum dikemaskini dan akan dimuatnaik secara beransur-ansur. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam proses naik taraf portal sekolah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Layari 
http://sksyp2.blogspot.my
untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan paparan baru portal sekolah SKSYP2

03 Februari, 2016

Perancangan Strategik Sekolah 2016-2020

Syabas dan Tahniah kepada Jawatankuasa Perancangan Strategik SKSYP2 kerana berjaya menyiapkan Perancangan Strategik Sekolah 2016-2020 walaupun menghadapi pelbagai kekangan dan rintangan. Perancangan Strategik ini diharapkan dapat menjadi sumber hala tuju warga sekolah ini untuk terus maju ke arah mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menyiapkan perancangan ini dari awal hingga akhir. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberikan impak yang besar kepada kecemerlangan sekolah dalam semua bidang termasuk Akademik, Hal Ehawal Murid dan KoKurikulum. GO SKSYP2!!!!


Anda boleh mendapatkan Perancangan Strategik Sekolah 2016-2020 ini dengan menekan pautan di bawah:

Sila klik di sini : PERANCANGAN STRATEGIK INDUK SKSYP2

atau

Cari dalam panel GALERI

05 Disember, 2015

Pendaftaran SKSYP2 dalam Google Map

Akhirnya SKSYP2 telah mengorak langkah baru sempena menempuh alam persekolahan menjelang 2016 dengan memastikan sekolah didaftarkan secara rasmi di dalam Google Map. Ini akan menjadi titik tolak kepada kemajuan sekolah dalam bidang ICT dan logistik. Diharapkan pendaftaran ini akan memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk pihak pentadbiran, guru-guru, ibu-bapa serta murid-murid sekolah ini. Pihak admin masih menunggu pengesahan oleh pihak Region Leader Google untuk meletakkan sekolah dalam peta dunia Google Map.