18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

12 Januari, 2017



HARI PERTAMA DI SKSYP2 BERSAMA GURU MATAPELAJARAN SAINS PN NORHAYATI BT WAN HUSSIN

30 Disember, 2016

JADUAL WAKTU 2017

JADUAL WAKTU 2017
Makluman kepada semua warga SK Sultan Yahya Petra (2), Jadual Waktu 2017 bermula 1.1.2017 boleh di DOWNLOAD. Sila ke pautan JADUAL WAKTU untuk jadual terkini yang bermula 1.1.2017 (Ahad)
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

20 September, 2016

Program Pasca UPSR

Bermula hari Isnin 19.9.2016 (kelmarin) program pasca upsr telah dilancarkan. Murid-murid tahun 6 diberikan taklimat oleh guru-guru tahun 6 tentang aktiviti ini yang akan berjalan selama 2 minggu dan murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

03 September, 2016

Ujian Bulan September

Bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu minggu peperiksaan UPSR dan sebagai sebahagian daripada pentaksiran sekolah untuk menguji tahap kemahiran murid maka murid tahun 4 dan 5 turut dibekalkan dengan ujian bulanan. Jadual waktu peperiksaan adalah seperti berikut:


Untuk download jadual waktu dalam bentuk pdf, sila klik link di bawah:


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016!!! (Download Jadual Peperiksaan UPSR 2016)

Selamat Menduduki UPSR dan Selamat Mencapai 6A dalam peperiksaan!!!




Sila muat turun jadual waktu UPSR di sini (sila klik pautan di bawah):



PERINGATAN: Diingatkan supaya murid-murid perlu membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru-guru dan tidak lupa juga peralatan tulis yang sesuai. !!! 

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) telah DIBUKA!



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada ibu bapa yang mempunyai anak tahun 6 dan bakal menduduki UPSR boleh melayari laman web berikut untuk permohonan ke Sekolah Kawalan/SMKA/SABK(SMA)/SMKA TMUA(Tahfiz) secara online untuk kemasukan ke tingkatan 1 bagi tahun 2017:

https://public.moe.gov.my (sila klik pautan ini)

sila muat turun panduan pengisian di sini: 
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf


Pendaftaran sudah dibuka bermula kelmarin (2.9.2016) dan berakhir pada 30 September 2016. Ibu bapa perlu menggunakan ID sendiri bukan ID anak untuk mendaftar. Mohon ibu bapa dan penjaga murid mengambil tindakan segera membuat pengisian awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan juga untuk urusan pengesahan Guru Besar.

Pesanan ini adalah daripada Guru Besar SKSYP[2], En. Zuraidi b. Shafii
Mohon hebahkan kepada semua ibu bapa dan penjaga. 

Terima kasih dan harap maklum.