18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

30 April, 2015

WARNA-WARNI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KE-13 2015

Persiapan Hari Sukan Tahunan Sekolah dan Acara terdahulu



 Hadiah siap bungkus...AJK hadiah tetap cemerlang!

 Hakim Lompat Jauh tetap 'COOL' mencatat markah di bawah terik sinar mentari 

Hakim Lontar Peluru serius memerhatikan setiap percubaan lontaran murid


 Sambil raptai sambil mengintai orang sebelah buat senamrobik

 Lain macam je background tu...Nk join sekaki ke?







HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KE-13...Detik Bersejarah buat kami semua warga SKSYP2...

 Bekas guru, En. Nurul Fakhri b Daud yang baru sahaja menjawat jawatan PTP di PKG Dabong turut tidak lupa meraikan hari sukan tahunan sekolah dengan baju tema yang sama. Jasamu dikenang... 








 Barisan Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Tahunan Ke-13.Admin pun ada bersama :)...












Rumah Hijau...Kembalikan Nostalgia perajurit Tanah Melayu suatu ketika dahulu...





Badut@Clown@Joker....punca kemenangan rumah Merah dalam pertandingan Perbarisan antara rumah sukan SKSYP2...merah tetap bergaya


Maskot "SpongeBob" tutur mencuit hati para penonton...serlah kreativiti rumah Kuning


















Serba Biru...Hebat Rumah Biru...Sehati Sejiwa



 2 Pelepas yang tidak asing lagi bersama pembantunya

  Nasuha dinobatkan selaku Olahragawati sekolah 2015

 Mohd Ammar Khair bin Mohd Rujmi dinobatkan selaku Olahragawan sekolah 2015



Guru Penasihat rumah biru bergambar kenangan selepas berhempas-pulas menyaingi rumah merah...akhirnya dinobatkan sebagai juara setelah beberapa tahun juara disandang oleh rumah merah...



Keputusan Kejohanan 2015:
Johan: Biru
Naib Johan: Merah
Tempat ke-3: Kuning
Tempat ke-4: Hijau

27 April, 2015

Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat JPN Kelantan: WE ARE THE CHAMPION!!!













Majlis telah berlangsung pada 27 April 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. SKSYP2 telah merangkul Anugerah Pencapaian Sukan Terbaik Kategori Sekolah Rendah dan dinobatkan selaku Johan Keseluruhan bagi kategori tersebut. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh warga SKSYP di atas segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Jentera Kokurikulum sekolah ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya. Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik semua warga sekolah ini, tanpa kerjasama yang utuh daripada semua pihak sudah pasti kejayaan ini tidak akan dapt dirasai. Admin mendoakan semoga trofi yang dimenangi akan dapat dikekalkan di sekolah ini untuk tahun-tahun mendatang dan semoga lebih banyak kejayaan manis dalam bidang Kokurikulum akan dapat dikecapi di masa hadapan. Amin...

21 April, 2015

PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA















Marilah-mari kita membaca...Tepat jam 10 pagi...seluruh warga SK Sultan Yahya Petra 2 tidak kira sama ada murid, guru mahupun kakitangan sekolah bersama-sama membaca bahan-bahan bacaan tidak kira sama ada bahan bacaan berbentuk santai atau ilmiah. Ini merupakan satu simbolik bagi menzahirkan galakan membaca di kalangan masyarakat di Malaysia. Tidak kira apa jua profesion dan di mana anda berada, diharapkan pembudayaan amalan ini akan menjadi suatu kenyataan di seluruh Malaysia. Walaupun hanya selama 10 minit tetapi maksud yang tersirat cukup besar dan mendalam. Dengan membaca kita beroleh sejuta kefahaman dan pengetahuan berguna. KAMI 'SUPPORT' KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA! MOH KITA BACA SAMA-SAMA YEE...

Kejohanan Bola Jaring MSSZ 2 Kuala Krai: Naib Johan Bukti Kami Masih Antara Terbaik!

Murid tunjuk semanagat kesukanan yang tinggi hadapi lawan



Bergambar kenangan bersama PK KO, Pn. Aigi dan 2 orang guru pengiring, Pn. Faridah dan Pn. Faiza dengan pingat masing-masing







Dinobatkan sebagai Naib Johan dengan kekalahan 1 mata kepada SJKC Yuk Chai tidak bererti pasukan bola jaring SKSYP2 lemah bahkan ia melambangkan betapa tinggi semangat juang kami untuk mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada tahun lepas. Kemengan ke atas SK. Kuala Krai, SK. Banggol Guchil dan SK. Sultan Yahya Petra 1 membuktikan bahawa pasukan kami masih antara yang terbaik di Kuala Krai dan masih berbisa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SKSYP2 termasuk barisan kejurulatihan yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. Semoga kita beroleh lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

16 April, 2015

Rentas Desa 2015 : SKSYP2 BOLEH!!!



Foto 1: Taklimat oleh Guru Besar selaku pegawai pelepas sebelum larian dimulakan 

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Foto 6: Guru Besar dan Cikgu Rujmi selaku Pegawai Pelepas di garisan permulaan. Posing sebelum acara bermula


Senamrobik bersama PK KO dan jurulatih aerobik sekolah Teacher Nik Mimi Latifah sebelum larian rentas desa bermula



Kejohanan Rentas Desa telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2015. Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan dan persaingan yang tinggi bagi merebut tempat teratas untuk mendapatkan markah bagi  rumah sukan masing-masing. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang pingat dalam kejohanan kali ini dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan salah satu acara tahunan besar sekolah ini di bawah payung Kokurikulum. Go SKSYP2!!!