Majlis perasmian Program Sifar Ponteng dan Guru Penyayang telah berlangsung pada 12 April yang lalu iaitu pada hari Ahad sewaktu perhimpunan mingguan sekolah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh wakil PPD Kuala Krai dari unit Hal Ehwal Murid iaitu En. Mohd Nazri bin Mohd Ali dalam suasana yang sungguh ceria dan harmoni. Semoga apa yang diperkatakan oleh beliau menjadi pembakar semangat kepada murid-murid untuk terus hadir ke sekolah demi mencapai target purata kehadiran setahun yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekurang-kurangnya 95%. Warga SKSYP2 juga turut mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada guru-guru yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Januari hingga Mac. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang bertanggungjawab menjayakan upacara ini. Semoga usaha kita ini mendapat rahmat dan berkat daripada Ilahi.
18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195
JK Disiplin dan Pengawas
JK Bimbingan dan Kaunseling
JK Kebersihan dan Keselamatan Murid
JK SPBT
JK PSS/RMTS
JK Kesihatan Murid
JK Kantin Sekolah
JK Kebajikan dan Takaful Murid
JK Kehadiran dan Anti Ponteng
JK Pendidikan Anti Dadah
JK Pendaftaran Murid
JK Data Hem [APDM, SMM, SSDM]
JK 3K
JK Guru Penyayang
JK Sekolah Selamat/KPJ
JK Lawatan Sambil Belajar
JK Iventori
JK KWAPM/E-KASIH
JK PIBG
KELAB GURU DAN BADAN IHSAN
JK KSSR
JK Pusat Sumber Sekolah
JK Panitia Matapelajaran
JK Pencerapan PdP
JK Jadual Waktu
JK Kecemerlangan UPSR
JK Teknologi Maklumat Komunikasi
JK Peperiksaan Dalaman
JK Penyelarasan Kelas
JK Data Guru
JK Ladap
JK Bilik Khas Kurikulum
JK SPKS ISO 9000
JK SKPM 2003/2010
JK Sijil Kurikulum
JK Pemulihan/Linus/Protim
JK PBS
!doctype>
JK Disiplin dan Pengawas
JK Bimbingan dan Kaunseling
JK Kebersihan dan Keselamatan Murid
JK SPBT
JK PSS/RMTS
JK Kesihatan Murid
JK Kantin Sekolah
JK Kebajikan dan Takaful Murid
JK Kehadiran dan Anti Ponteng
JK Pendidikan Anti Dadah
JK Pendaftaran Murid
JK Data Hem [APDM, SMM, SSDM]
JK 3K
JK Guru Penyayang
JK Sekolah Selamat/KPJ
JK Lawatan Sambil Belajar
JK Iventori
JK KWAPM/E-KASIH
JK PIBG
KELAB GURU DAN BADAN IHSAN
JK KSSR
JK Pusat Sumber Sekolah
JK Panitia Matapelajaran
JK Pencerapan PdP
JK Jadual Waktu
JK Kecemerlangan UPSR
JK Teknologi Maklumat Komunikasi
JK Peperiksaan Dalaman
JK Penyelarasan Kelas
JK Data Guru
JK Ladap
JK Bilik Khas Kurikulum
JK SPKS ISO 9000
JK SKPM 2003/2010
JK Sijil Kurikulum
JK Pemulihan/Linus/Protim
JK PBS
14 April, 2015
09 April, 2015
Program Kenangan Budi, Curahan Bakti PLKN bersama Murid Tahun 6 SKSYP2
Satu program motivasi telah diadakan di Dewan Cempaka Sk. Sultan Yahya Petra 2 pada 9 April 2015 di bawah kendalian para Pegawai dari Pusat Latihan Khidmat Negara. Program ini telah disertai oleh semua murid tahun 6 yang bakal mengahadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid di samping mempersiap sediakan murid dengan kekuatan mental secukupnya sebagai persediaan awal sebelum menjalani program intensif latih tubi UPSR dan program-program lain yang mendatang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
07 April, 2015
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 SKSYP2
Gambar sekitar majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 SKSYP2
Mesyuarat Agung PIBG SKSYP2 kali ke-21 telah selesai diadakan pada 29 Mac 2015 (Ahad). Upacara perasmian majlis kali ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi bin Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Hep&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam suasana yang penuh gilang gemilang. Bak kata pepatah Melayu "alah bisa tegal biasa" perubahan pucuk pimpinan PIBG diharapkan dapat mengubah persepsi dan memberi impak positif dalam memacu kecemerlangan sekolah ke arah yang lebih unggul. Semoga pemilihan kali ini dapat memberi hala tuju baru kepada warga SKSYP2 bagi mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan. InsyaAllah...
SKSYP2 Terpilih Terima Baucar Tuisyen Bank Rakyat
SK Sultan Yahya Petra 2 adalah antara 6 buah sekolah yang telah terpilih selaku penerima baucar tuisyen sumbangan Bank Rakyat di bawah program Tuisyen "Didik Rakyat" Tajaan Yayasan Bank Rakyat Malaysia. Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 5 April yang lalu yang bertempat di Dewan Iltizam, SMK Bandar Kuala Krai dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Saiful Yazan b Sulaiman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat. Sksyp2 telah diwakili oleh Guru Besar, guru-guru dan beberapa orang murid bagi menerima sumbangan tersebut. Kami seluruh warga SKSYP2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat atas sumbangan yang tidak terhingga ini.
05 April, 2015
MTQ ZON2 2015: MURID SKSYP2 TONJOL KEBOLEHAN RANGKUL ANUGERAH
Pertandingan MTQ peringkat Zon 2 Kuala Krai telah berlangsung pada 2 April 2015 bertempat di SKSYP1. Pertandingan ini memperlihatkan dominasi sekolah ini dalam Tilawah Al-Quran yang mana adik Nik Muhd Hazim b Nik Abdul Aziz telah merangkul johan dalam kategori lelaki manakala adik Nurul Husna Izzati bt Anuar merangkul naib johan untuk kategori perempuan. Untuk pertandingan bercerita, SKSYP2 telah menghantar 2 peserta yang diwakili oleh adik Shafika Alia bt. Shahrulnizam dan Muhd Hafiz Amzar yang masing-masing membawa pulang anugerah naib johan dan saguhati. Selain itu sekolah ini turut menghantar 2 orang wakil pertandingan Hafazan iaitu adik Ahmad Haziq Aiman b Ahmad Zaki dan Nurul Hafizah bt Anuar namun sekadar mendapat saguhati. Walaubagaimanapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar yang sudi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Syabas dan Tahniah kepada Jawatankuasa Perancangan Strategik SKSYP2 kerana berjaya menyiapkan Perancangan Strategik Sekolah 2016-2020 walaup...
-
Y.B. Dato ' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid (2015 - kini) Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (200...
-
LENCANA SEKOLAH FALSAFAH SEKOLAH Bahawa kami berkeyakinan semua murid mempunyai keupayaan dan potensi untuk maju dalam bidang a...





































