18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

01 Disember, 2014

Selamat Maju Jaya





 Selamat maju jaya diucapkan kepada 2 orang guru sekolah ini yang akan meneruskan karier di tempat baru bermula 2015 nanti. Puan Wan Rozita Wan Hashim, guru kelas 4 Usaha juga guru matematik tahun 6 akan berhijrah ke SK Bukit Abal di PPD Pasir Puteh. Semoga jasa dan bakti selama5 tahun berada disini akan mendapat rahmat dari Allah Yang Maha Esa. Puan Nik Nabihah Nik Mat Salleh pula hanya sempat setahun sahaja bersama di sekolah ini. Semoga perkenalan singkat ini akan mekar berpanjangan. Beliau juga akan berkhidmat di sebuah sekolah di PPD Pasir Puteh. 

21 November, 2014

Sesi Persekolahan 2014 berakhir

 Sesi persekolahan 2014 telah berakhir pada jam 1.15 tengahari Khamis 20.11.2014. Selamat bercuti diucapkan kepada semua anak murid dengan pesanan jaga diri masing-masing. Elakkan gejala sosial dan perbuatan yang merbahaya. Manfaatkan dengan aktiviti berfaedah.

19 November, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 telah diadakan pada 19.11.2014 di Dewan Cempaka. Semua murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, hem dan kokurikulum telah diraikan dalam majlis ini. Terima kasih kepada PIBG kerana sudi menaja hadiah untuk semua pelajar yang berjaya. Semoga dengan majlis kali ini akan meningkatkan lagi semangat pelajar sekolah ini untuk lebih cemerlang pada tahun tahun akan datang.