Objektif Program Jom ke Sekolah ini adalah untuk mewujudkan hubungan
mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS). Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah salah laku disiplin murid
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi
undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk
membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.
SK Sultan Yahya Petra 2 ingin merakamkan penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh warga pendidik atas daya usaha
untuk menjayakan Program Jom ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan