Pada hari Ahad, 8 Mei yang lepas, SKSYP2 telah digemparkan dengan bunyi siren kecemasan yang tiba-tiba sahaja berbunyi selepas majlis perhimpunan pagi selesai diadakan. Semua guru dan murid turun dengan tergesa-gesa dan berkumpul di dataran kejat dan masing-masing bingung dengan kejadian yang berlaku. Tiba-tiba sahaja lori bomba tiba di sekolah dan ahli bomba bergegas mengeluarkan hos air untuk memadamkan kebakaran di belakang sekolah...semua guru dan murid tercengang dengan apa yang berlaku. Kemudian keluar dua orang pegawai bomba lalu meluru ke tingkat atas bangunan blok D dan memikul dua orang murid turun dari bangunan tersebut. WOW!!! sungguh AWESOME!!!maka barulah semua hadirin menyedari bahawa latihan kebakaran sedang berjalan...sangat hebat dan mengujakan!!! Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa kerja firedrill terutamaya PK HEM iaitu En. Mohd Shukri b Ahmad kerana dapat menjalankan sesi latihan kebakaran ini dengan jayanya dan menjaga kerahsiaan sehingga saat-saat terakhir...sangat mendebarkan sehingga admin merasakan seolah-olah terdapat kecemasan yang betul...Mudahan-mudahan tahun depan aksi sebegini dapat disaksikan lagi...Amin...
Lori bomba tiba di perkarangan sekolah
Aksi memadamkan kebakaran oleh pegawai bomba
Murid yang diselamatkan ditempatkan di kawasan yang lapang dan selamat
Murid turun ke dataran kejat sejurus mendengar bunyi siren kebakaran
Pegawai bomba menyelamatkan 2 orang murid yang berlakon sebagai mangsa yang kebakaran
Murid menyaksikan demonstrasi yang ditunjukkan oleh para pegawai bomba
Guru-guru lelaki turut teruja menyaksikan kejadian yang berlaku
Pegawai bomba menggulung hos setelah selesai demonstrasi
Latihan memadamkan kebakaran berpindah lokasi ke padang sekolah
Perancang utama di sebalik kejadian (tengah)...PK HEM SKSYP2, En. Mohd Shukri b Ahmad..tenang sahaja mengendalikan situasi
Murid berkumpul di padang untuk sesi demonstrasi memadamkan kebakaran
Pegawai bomba daerah Kuala Krai memberikan taklimat kepada murid dan guru
Pegawai bomba tunjuk contoh memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api
Pn Roslida turut terpilih untuk mencuba menggunakan pemadam api
Guru Besar, En Zuraidi b. Shafii turut tonjol keberanian memadamkan api menggunakan pemadam api
Latihan memadamkan kebakaran
Murid berpindah ke dewan sekolah untuk mendengar taklimat lanjut berkenaan pengurusan kebakaran oleh pihak bomba
Murid-murid khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan
Saksikan video lanjut latihan kebakaran SKSYP2 di pautan di bawah:
https://drive.google.com/drive/folders/0BwgwxswLImdHNjJNckFCN0dkTW8 (klik pautan ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan