18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

14 Oktober, 2017

WHERE CHAMPIONS ARE MADE...HARI SUKAN NEGARA 2017


Sambutan Hari Sukan Negara 2017 SK Sultan Yahya Petra 2 telah dimeriahkan dengan Walkathon sekitar Kg Kubang Lebur dan Kg Batu Lada. Sebelum memulakan Walkathon yang disertai oleh semua murid dan guru SK SYP2, satu acara memanaskan badan telah dilaksanakan dan diketuai oleh Teacher Nik Mimi Latifah. 

20 September, 2017

PERKHEMAHAN JATI DIRI UNIT UNIFORM 2017


Perkhemahan Jati Diri Unit Kokurikulum SK SYP2 bagi tahun 2017 sedang berlangsung di PLKN, Batu Jong, Kuala Krai pada 19, 20 dan 21 September 2017. Seramai 147 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti Bantu Mula/ Pertolongan Cemas, merempuh halangan, kawad kaki, gajet, pertandingan memasak dan gubahan. Guru Besar, Encik Zuraidi b Shafii juga turut serta dan memberikan sokongan kepada peserta-peserta dan juga guru-guru yang bertugas. Tema Perkhemahan pada kali ini ialah Menjana Jati Diri Berwawasan.

Guru Besar, Zuraidi b Shafii bersama peserta-peserta
Jadual Perjalanan semasa aktiviti perkhemahan

Solat berjemaah dan tazkirah oleh Ustaz Ridhuan










06 September, 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT & RESTU ILMU CALON UPSR 2017

Tarikh : 6 September 2017 ( Rabu)
Tempat : Dewan Cempaka, SK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tghri







 





21 Ogos, 2017

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017

Majlis Perasmian Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di Tapak Perhimpunan SK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai. Semua guru dan murid bersama-sama menyambutnya dengan gembira. Kibaran Jalur Gemilang dapat dilihat di sekitar Tapak Perhimpunan. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Zuraidi b Shafii, Guru Besar SK Sultan Yahya Petra 2. Pelbagai acara menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini.