18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

07 November, 2010

Larian Mini Milo Kelantan 2010

15 pelajar telah menyertai larian ini yang berlangsung di Kompleks Sukan Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Dua orang pelajar telah mendapat tempat ke 12 bagi kategori masing-masing. Tahniah dari pihak sekolah.









Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2010

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2010 dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Ahmad pada 7.11.2010 di dataran perhimpunan. Kem ini akan melibatkan semua murid dan dikelolakan oleh pihak Pusat Sumber sekolah. 








11 Oktober, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSYP2 2010

Kejohanan ini berlangsung pada hari Khamis 7.10.2010. Acara tetap dilangsungkan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan dimulai senam robik beramai-ramai diketuai oleh NYDP PIBG, Cikgu Asma dan Cikgu Lailan. Semua guru dan murid mengambil bahagian. Seterusnya pad jam 9.00 am murid dilepaskan mengikut tahun masing-masing dimulai oleh tahun 6. Pelepasan peserta disempurnakan pihak PPD Kuala Krai. Acara tamat jam 10.00 am. Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan di Dewan Cempaka SKSYP2 oleh Tuan  Guru Besar. Semua murid kelihatan ceria pada hari tersebut. Acara ini adalah acara tahunan dan akan diadakan lagi pada tahun depan. Berikut adalah senario pada hari tersebut.........



28 September, 2010

Sekitar Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2010

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staff sekolah yang terlibat menjayakan sambutan ini.
Terima kasih juga atas kunjungan staff PPD Kuala Krai terutama Tuan PPD, Tuan Haji Zulkifli b Mohd Noor yang sudi hadir memeriahkan majlis kami.

Selamat Hari Raya diucapkan pada semua....