18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

24 Ogos, 2014

English Camp 2014


Acara ini telah berjaya dijalankan dengan dikelolakan oleh guru praktikum dari IPG Kampus Kota Bharu iaitu Cik Amelia dan Cik Keshturi. Hadiah kepada pemenang kuiz telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan PK Pentadbiran. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

23 Julai, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H..Maaf Zahir dan Batin..0-0


Salam Aidilfitri untuk semua diucapkan. Warga sekolah inigin memohon maaf diatas salah silap yang telah berlaku selama ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin Ya Rabb. 

Sekolah akan bercuti mulai 25 Julai 2014 hingga 2 Ogos 2014. Peringatan juga kepada semua ibu bapa agar memantau anak-anak terutama tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lagi dan juga permainan mercun yang boleh mendatangkan kecederaan serius terhadap pelajar kita. 

Apa bila kemanusiaan telah hilang...

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, warga sekolah turut menyokong dan berdiri teguh dibelakang rakyat Gaza, Palestin dalam menghadapi serangan tidak bertamadun oleh Zionis Yahudi Laknatullah. Doa kami siang dan malam agar Gaza dan juga bumi lain yang bergolak akan kembali aman dan semua pengganas ini akan mendapat balasan yang setimpal diatas jenayah mereka ini samaada didunia ini atau di akhirat nanti. Makbulkan doa kami Ya ALLAH.

Tragedi MH17

 
Warga SKSYP2 telah turut sama merasa terkesan dengan tragedi MH 17 yang telah mengorbankan semua penumpang dan krewnya. Bacaan Al Fatihah telah disedekahkan oleh semua warga sekolah yang beragama Islam kepada penumpang beragama Islam pada perhimpunan pagi Ahad 20 Julai 2014 dan juga ucapan takziah juga ditujukan kepada semua waris dan keluarga yang terlibat.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Semoga Ramadan kali ini membawa perubahan yang besar yang baik kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

26 Mei, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan telah diadakan pada 22 Mei 2014 dengan sederhana tetapi meriah. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan sambutan kali ini.