18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

01 Mac, 2012

Latihan Pusat Kontijen Olahraga MSS Zon 2 2012

Seramai 12 orang murid kita telah dipilih menyertai pasukan MSS Zon 2 untuk ke Kejohanan Olahraga MSSD PPD Kuala Krai 2012. Latihan telah diadakan di Padang Mahkota SK SYP1 bermula jam 3.30 ptg hingga 6.00 ptg. Jurulatih adalah gabungan guru-guru Zon 2 dan sekolah kita telah diwakili oleh Ustazah Lailawani Nor dan En Nurul Fakhri Daud. Diharapkan MSS Zon 2 akan beroleh kejayaan pada temasya ini yang akan berlangsung pada 5-8 Mac 2012 nanti di padang SMV Kuala Krai.


29 Februari, 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid

Mulai tahun ini pihak Bahagian Pengurusan Sekolah KPM telah melaksanakan aplikasi online yang dinamakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang mana diberi kuasa kepada guru kelas untuk mengemaskini data murid terkini. Pihak ICT Sekolah telah memberi taklimat kepada semua guru tentang pelaksanaan program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama.

Mesyuarat Q-Net PPD KK@SK Sultan Yahya Petra 2

Mesyuarat bermula pada jam 11.00 am di Bilik Wawasan dan dikendalikan PKP, En Mazlan b Che Wahab. Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar dan kemudiannya oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Mohd Yunus b Yusoff . Satu penerangan dan perkongsian idea yang baik dari pihak PPD Kuala Krai. Diharapkan melalui perjumpaan ini, prestasi sekolah akan terus mantap menjelang UPSR September ini.

 

26 Februari, 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang 2012

Program ini dijalankan selaras kehendak JPN Kelantan yang mahukan semua guru mengamalkan budaya penyanyang kepada semua murid dan rakan sejawat. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam.







11 Februari, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2012

Bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah, sambutan peringkat sekolah tahun ini dimulakan dengan selawat keatas junjungan besar Muhammad SAW sambil berarak di kawasan sekitar sekolah. Perarakan ini diketuai oleh Cikgu Rujmi yang mengepalai bacaan selawat. Perarakan ini turut diikuti oleh semua guru dan juga pihak PIBG yang sudi hadir memeriahkan majlis. Selepas selawat dan perarakan ini, majlis diteruskan di Dewan Cempaka dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Al Nawawi Hussin. Ceramah yang sungguh bertenaga dan menyayat hati ini tekun didengari oleh semua guru, murid dan ibu bapa. Inti patinya menyeru kepada semua agar tidak melupakan sunnah Nabi dan melaksanakan perintah Allah dimuka bumi ini.
Majlis seterusnya adalah solat hajat yang diadakan di Surau Sekolah. 

16 Januari, 2012

Perjumpaan kali pertama unit-unit ko-kurikulum kali pertama

Jadual Perjumpaan


16.1.2012 Sukan Permainan - 12.45 pm
17.1.2012 Unit beruniform - 12.45 pm
18.1.2012 Kelab Persatuan - 12.45 pm
19.1.2012 Rumah Sukan - 12.45 pm


Maklumat lanjut sila rujuk surat yang diedarkan.

09 Januari, 2012

Perhimpunan Mingguan Pertama 2012

Perhimpunan mingguan pertama ini telah diadakan dengannya pada 8 Jan 2012 di Dataran Kejat dengan naungan awan yang mendung dan mendamaikan. Cikgu Azmazi telah memberikan laporan guru bertugas pada minggu lepas dengan beberapa teguran terutamanya berkaitan disiplin murid sewaktu rehat.
Guru Besar, Tuan Haji Norddin juga membuat ucapan sulung pada tahun ini dengan menekankan kepentingan pelajar untuk menajdi lebih baik daripada tahun sebelum ini.
Pada tahun ini dapat dilihat perubahan pada gaya guru dimana semua guru lelaki bersongkok, bertali leher merah, kemeja putih dan blazer pada setiap perhimpunan.