Identiti Sekolah

Lencana Sekolah


Obor
Mendokong cita-cita murni kearah kejayaan dan kegemilangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Buku
Ilmu adalah asset utama untuk berjaya. Sekolah ibarat gedung ilmu kepada murid-murid. Kejayaan akan dicapai jika kita memanfaatkan penggunaan bahan pembelajaran yang terdapat disekolah.

Bulan sabit
Mengenalkan konsep dan penghayatan pendidikan Islam yang suci kea rah pembentukan akhlak mulia dikalangan murid-murid

Roda bergigi
Dalam usaha menerapkan  asas-asas teknologi selaras dengan konsep 60 sains 40 sastera. Ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang maju dalam bidang sains dan teknologi.

Gelang Tiga Serangkai
Semangat kesukanan,  sukan untuk semua, sukan untuk elit. Ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas.

Ungu
Pendidikan untuk semua bersesuaian dengan masyarakat Malaysia, masyarakat majmuk

Kuning
Warna diraja bersesuaian dengan nama sekolah yang mengambil nama Sultan Kelantan.

Hijau
Suasana alam sekitar , lokasi yang ceria dan memberangsangkan.

Merah
Usaha gigih dan bersemangat yang ditunjukkan oleh pelajar dan warga sekolah untuk mencapai kejayaan. 









Contact us