18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

27 November, 2015

Perisian Percuma Microsoft Office 365 Education Untuk Guru dan Pelajar

Perisian Percuma Microsoft Office 365 Education Untuk Guru dan Pelajar

Kerja-kerja menaip dan membuat persembahan pengajaran seorang guru banyak menggunakan komputer dan telefon pintar. Kebiasaannya, warga pendidik ini banyak menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel bagi memenuhi keperluan tersebut.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

Di sini saya ingin kongsikan satu cara bagaimana warga guru dan pelajar boleh memuat turun dan menggunakan persisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel secara percuma. Apa yang lebih penting, ini adalah asli, sah dan bukan cetak rompak. Anda boleh muat turun microsoft office percuma.

Office 365 Education


Buat pengetahuan warga pendidik semua, sejak awal Februari 2015, pihak Microsoft telah melancarkan satu program Microsoft Office percuma untuk pelajar dan guru di New York. Kini program tersebut telah tersebar dan boleh diakses kepada serata dunia yang mendapat Office 365.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

Office 365 Education ini sama sahaja seperti Office sedia ada yang sudah dipasang di dalam sistem operasi (sekiranya anda gunakan Microsoft Office). Apa yang pasti, perisian yang dibekalkan ini percuma dan boleh dikemas kini tanpa risau ianya akan disekat.

Penggunaan Office 365 Education adalah percuma selagi mana anda berkhidmat sebagai seorang guru dan pelajar (selagi mana email yang didaftarkan wujud) di institusi pendidikan tersebut. Tambahan lagi, percuma 1 TB kapasiti One Drive.

Anda boleh rujuk FAQ berkaitan Office 365 Education di bawah ini :

faq

Cara Daftar Office 365 Education Percuma


Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai email institusi pengajian anda. Bagi warga guru dan staff Kementerian Pendidikan Malaysia, anda hanya perlukan email Frog Vle anda dan kata laluan.

#1 Langkah Satu.

Klik pada link  ini : https://portal.office.com/start?sku=faculty . Anda akan mendapat paparan sebegini. Masukkan email Frog VLE anda.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu
Klik pada Sign up.

#2 Langkah Dua

Semak email Frog VLE anda. Anda boleh akses menggunakan link ini : https://mail.google.com .Masukkan email Frog VLE anda dan kata laluan. Semak inbox atau spam folder. Akan dapat satu email seperti di bawah.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

Klik pada email tersebut dan sahkan sahaja.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

#3 Langkah Tiga

Kemudian, masukkan nama dan kata laluan.

download office percuma, microsoft office percuma, office word percuma, microsoft office percuma untuk pelajar, office word percuma untuk cikgu

Anda kemudian akan dibawa ke ruangan muat turun untuk memuat turun perisian Office 365. Selsai memuat turun, anda boleh memasang ia ke dalam sistem operasi anda. Ianya sesuai untuk Windows dan Mac.

Lebih menarik lagi, jika anda memerlukan perisian ini dipasang ke dalam telefon pintar anda, anda boleh melihat ia di sini : http://g.microsoftonline.com/0BX20en/1428


Semoga perkongsikan kali ini bermanfaat untuk anda menjadi lebih hebat dan cemerlang dalam dunia IT dan pendidikan. Jangan lupa komen di bawah dan kongsikan dengan rakan lain jika ianya bermanfaat.

20 November, 2015

Takwim Sekolah 2016







Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2016 Malaysia




Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)



Tarikh
Hari
Cuti Umum
Negeri
1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 JanAhadHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
8 FebIsninTahun Baru CinaSeluruh negara
9 FebSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSeluruh negara
5 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
7 MeiSabtuHari HolPahang
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiRabuHari WesakSeluruh negara
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun Rabu & KhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4 JunSabtuHari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
6 JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
22 Jun RabuHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
6 & 7 JulRabu & KhamisHari Raya PuasaSeluruh negara
7 JulKhamisHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
9 Jul SabtuHari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
31 OgoRabuHari KebangsaanSeluruh negara
10 Sep SabtuHari Jadi YDP SarawakSarawak
12 SepIsninHari Raya QurbanSeluruh negara
13 SepSelasaHari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 SepJumaatHari MalaysiaSeluruh negara
1 OktSabtuHari Jadi YDP SabahSabah
2 OktAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
14 OktJumaatHari Jadi YDP MelakaMelaka
24 OktIsninHari Keputeraan Sultan PahangPahang
29 OktSabtuHari DeepavaliKecuali Sarawak
6 NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovJumaat & SabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovAhadHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 DisAhadHari KrismasSeluruh negara
Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2016, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Kalendar Cuti Sekolah 2016 Malaysia

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2016.
Cuti Sekolah
Tarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 1
12.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun
28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 2
10.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun
26.11.2016 - 01.01.2017
Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAH BUAT MURID-MURID TAHUN 6!!!

CUTI AKHIR TAHUN 2015

20 NOVEMBER 2015 - 3 JANUARI 2016