18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

31 Ogos, 2015

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR bersama SIP/SIC+ PPD Kuala Krai





20 Murid Target 5A UPSR bergambar kenangan bersama SIP: En. Che Lokman b. Abdullah, SIC+: En. Sahidin b. Hashim, Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG SKSYP2 

27 Ogos, 2015

KPI Frog VLE (Ogos 2015): Syabas SKSYP2!!!

KPI Frog VLE SKSYP2 (13 Ogos 2015)





Sejarah sudah tercipta. Buat pertama kali SKSYP2 mencapai sasaran KPI yang ditetapkan oleh KPM dengan mencapai peratus penggunaan sebanyak 23.43% iaitu berjumlah 86 login pengguna (murid). Data dikutip pada 20 Ogos 2015




KPI terbaru Frog VLE bagi bulan Ogos: Kami di tempat ke-22 bagi seluruh negeri Kelantan. KPI penggunaan vle terus meningkat  ke 25.85% iaitu sebanyak 99 login penggunan dalam seminggu berbanding 86 login pada minggu sebelumnya. Syabas SKSYP2. Teruskan usaha anda semua!





 Pn Zainah sewaktu menghadiri kursus Frog VLe dalam PdP di SK. Sungai Embak. Diharapkan beliau dapat menyumbang lebih banyak peningkatan penggunaan Frog VLE di sekolah ini. Khidmat anda sangat ditagih...



23 Ogos, 2015

Jadual Waktu Baru - Ogos 2015 Versi 2015(v1.6)

Jadual waktu baru telah dikeluarkan dan berkuatkuasa pada 24/8/2015

Layari https://sksyp2.edupage.org/ untuk melihat jadual waktu baru anda

17 Ogos, 2015

BUDIMU DIKENANG

Kami seluruh warga SKSYP2 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Pn. Faridah bt. Deris di sekolah ini. Segala ilmu yang dicurahkan dan segala jasa yang ditabur akan kami manfaatkan dan kenang hingga ke akhir hayat. Kami di sini sentiasa mendoakan semoga beliau dapat terus maju dalam karier dan profesion keguruan ini serta dapat menjalankan tugas dengan baik selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK. Batu Jong yang baru. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau di atas penganugerahan kenaikan pangkat ini.

Bersama pentadbir SK. Batu Jong 

Tuan Guru Besar menyampaikan sepatah dua kata sempena majlis menghantar PK KO baru SK. Batu Jon  


Bergambar kenangan kali terakhir bersama barisan warga SKSYP2 



PEPERIKSAAN PRA USPR 2015 - SELAMAT MAJU JAYA MURID TAHUN 6