18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

21 November, 2014

Sesi Persekolahan 2014 berakhir

 Sesi persekolahan 2014 telah berakhir pada jam 1.15 tengahari Khamis 20.11.2014. Selamat bercuti diucapkan kepada semua anak murid dengan pesanan jaga diri masing-masing. Elakkan gejala sosial dan perbuatan yang merbahaya. Manfaatkan dengan aktiviti berfaedah.

19 November, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 telah diadakan pada 19.11.2014 di Dewan Cempaka. Semua murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, hem dan kokurikulum telah diraikan dalam majlis ini. Terima kasih kepada PIBG kerana sudi menaja hadiah untuk semua pelajar yang berjaya. Semoga dengan majlis kali ini akan meningkatkan lagi semangat pelajar sekolah ini untuk lebih cemerlang pada tahun tahun akan datang. 


05 November, 2014

Panduan AM Staf









1) Kehadiran ke Sekolah/Pulang :
Semua guru mestilah hadir menepati waktunya yakni berada di sekolah pukul 6.45 pagi atau lebih awal jika diarahkan menjalankan tugas-tugas khas. Kad Kedatangan Guru/Pegawai (punch-card) hendaklah  dilakukan sendiri oleh semua guru/pegawai sebaik sahaja tiba di sekolah dan sebelum tamat persekolahan/tamat waktu pejabat.
2) Tidak hadir :
Jika guru tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas disebabkan sakit,ia hendaklah melaporkan perkara ini kepada PENGETUA melalui telefon atau orang lain dengan seberapa segera yang boleh sekiranya kes kecemasan. Surat akuan doktor hendaklah menyusul selewat-lewatnya sehari kemudian. Surat akuan doktor hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan pada awal bulan yang berikutnya.
3) Meninggalkan Sekolah Dalam Masa Sekolah :
Guru-guru dibenarkan berbuat demikian hanya dengan kebenaran PENGETUA atau Penolong Kanan hanya jika PENGETUA tiada dan dicatat butirannya di dalam rekod keluar guru-guru.
4) Dasar Sekolah : Guru-guru tidak patut berbincang mengenai dasar sekolah atau mengenai guru lain dengan murid-murid.

5) Pakaian :
Pakaian guru-guru termasuk rambut hendaklah kemas dan menutup aurat supaya menjadi contoh teladan kepada murid-murid.  ‘T-Shirt’ dan ‘Sport Shirt’ tidak dibenarkan apabila mengajar di dalam kelas. Guru-guru lelaki mestilah memakai tali leher sewaktu perhimpunan rasmi.Arahan mengenai rambut adalah seperti yang tercatat dalam siaran PPKn. 4266/(26) bertarikh pada 1.7.79. Guru lelaki tidak dibenarkan berambut panjang melepasi cuping telingga.
6) Buku persediaan
Guru-guru mestilah menulis sukatan pelajaran dan rancangan kerja pada awal tahun. Rancangan harian hendaklah ditulis terlebih awal sebelum p & p dijalankan.
7) Pengawalan disiplin
Semua guru adalah guru disiplin. Semua guru bertanggungjawab memastikan disiplin murid sentiasa pada tahap yang memuaskan (tiada pelanggaran peraturan). Guru seharusnya menegur murid demi pembentukan disiplin dn sahsiah yang baik sekiranya murid didapati tidak berdisiplin.
8) Jadual Waktu
Guru-guru mestilah mengikut jadual waktu sekolah setepat- tepat yang boleh. Jangan membuat pertukaran masa mengajar atau membatalkan mana-mana mata pelajaran tanpa pengetahuan PENGETUA. Jika guru terpaksa meninggalkan kelas kerana sesuatu urusan yang baik, sila beri kerja bertulis kepada pelajar. Guru mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian buruk pada masa ketiadaannya.
9) Urusan perkhidmatan
Guru-guru dinasihatkan supaya memberitahu kepada pembantu tadbir mengenai tarikh/bulan pergerakan gaji tahunan atau pengesahan jawatan atau perlantikan tetap lebih kurang tiga bulan sebelum tiba tarikhnya.
10) Surat-surat Rasmi
Guru-guru tidak dibenarkan menulis surat rasmi kepada Pengarah Pendidikan,jabatan-jabatan lain atau pertubuhan-pertubuhan awam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah atau mengenai diri mereka sendiri. Jika perlu hendaklah melalui PENGETUA dan satu salinan hendaklah diserah kepada sekolah untuk direkod.
11) PPD dan JPN
Guru-guru dinasihatkan supaya mendapat kebenaran PENGETUA terlebih dahulu jika ingin berjumpa dengan mana-mana pegawai di JPN atau PPG sekiranya isu yang dibincangkan mengenai sekolah atau rakan sekerja.
12) Meninggalkan negeri
Jika guru-guru ingin meninggalkan negeri di atas urusan peribadi, hendaklah membuat permohonan daripada PENGETUA terlebih dahulu.
13Menghisap rokok
Menghisap rokok di dalam kawasan sekolah adalah dilarang sama sekali.

14) Buku Naskah Guru
Buku-buku naskah guru hendaklah dikembalikan kepada PK I sekiranya:
a] Apabila guru berhenti/tidak mengajar mata pelajaran berkenaan
b] Apabila guru bertukar ke sekolah lain
c] Apabila guru meletakkan jawatan
d] Setiap akhir tahun
15) Buku-buku teks/Rujukan
Guru-guru yang meminjam buku teks/rujukan perlu mengisi borang pinjaman dan mengembalikannya semula di akhir tahun.
16) Hukuman
Guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman dera kepada pelajar tanpa kebenaran PENGETUA. Guru-guru subjek dikehendaki mengambil tindakan / amaran tegas kepada pelajar ponteng subjek @ tidak berdisiplin. Jangan terus hantar ke pejabat. Isi boring tindakan disiplin 2008.
17) Pemulauan/Boikot
Guru-guru tidak dibenarkan memulau mana-mana kelas tanpa kebenaran PENGETUA
18) Duduk di atas Meja
Semasa mengajar, guru-guru tidak dibenarkan duduk di atas meja
19) Perpustakaan
Peraturan yang sama dikenakan kepada pelajar dan guru. Guru perlu mengawas pelajar jika waktu PSS @ menggunakan perpustakaan untuk sit in.
20) Kediaman kakitangan
Semua kakitangan dilarang sama sekali membawa pelajar dengan niat untuk belajar di rumah k/t tersebut, rehat, menonton TV, jamuan, perjumpaan aktiviti tanpa kebenaran PENGETUA.
21) Menaip
Menaip nota atau soalan untuk pelajar patutlah dilakukan pada masa ‘free’sahaja.
22) Kehadiran Pelajar
Sebelum memulakan pelajaran guru mestilah menentukan bahawa pelajar yang hadir pada hari itu berada di dalam kelas. Mengisi boring ponteng kelas, memantau pakaian, tertib pelajar dari masa ke semasa (waktu P & P berjalan)
23) Wang Tunai
Guru-guru tidak dibenarkan menggunakan wang yang dikutip daripada pelajar untuk keperluan sendiri walaupun buat sementara.
24) Resit Rasmi
Resit rasmi hendaklah diambil daripada Pembantu Tadbir sebaik sahaja sesuatu pembayaran dibuat kepadanya.
25) Lawatan/Majlis perpisahan
Melawat sambil belajar, perkelahan dan majlis perpisahan kelas yang biasa diadakan pada akhir tahun boleh diadakan setelah mendapat kebenaran PENGETUA.
26) Pelajar Sakit
Jika seseorang pelajar sakit atau kemalangan pada masa persekolahan, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada PENGETUA/Penolong Kanan /Guru Bertugas dengan segera.
27) Ujian Topik/Dwibulanan/Penggal
Ujian-ujian topic/dwibulanan hendaklah sentiasa diadakan dan markahnya hendaklah dicatit di dalam buku persediaan mengajar. Semasa peperiksaan, amalkan suasana pengendalian peperiksaan dalaman sekolah seperti peperiksaan umum. Sila rujuk edaran pengurusan peperiksaan yang disediakan oleh penyelaras akademik.
28) Masa tidak mengajar
Masa tidak mengajar waktu persekolahan (free period) patut digunakan untuk membuat kerja-kerja sekolah.
29) Sokongan Moral
Guru-guru diminta memberi sokongan moral kepada mana-mana guru yang cuba menyelesaikan masalah disiplin/akademik pelajar.
30) Bilik guru/Bilik gerakan
Mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur. Perjumpaan dengan pelajar tidak digalakkan di dalam bilik guru/bilik gerakan. Semua guru wajib ada tempat duduk di bilik guru walaupun terpaksa berkongsi. 
31) Bilik Darjah
a] Sebelum mula mengajar di sesuatu kelas, pastikan dahulu kelas tersebut di dalam keadaan bersih dan kemas, kerusi meja hendaklah tersusun rapi.
b] Guru-guru diharap memastikan pintu bilik/Kipas/lampu/cermin hendaklah ditutup selepas waktu terkahir.
32) Pelawat
Jika terdapat pelawat atau ibubapa/penjaga ingin berjumpa dengan pelajar atau guru, serta hendak membawa mereka keluar, hendaklah nasihatkan mereka supaya mendapat kebenaran daripada PENGETUA/ Penolong Kanan terlebih dahulu.
33) Surat pekeliling
Guru-guru tidak boleh mengedar sebarang pemberitahuan tanpa kebenaran PENGETUA/ Penolong Kanan dan guru-guru juga tidak dibenarkan menyimpan sebarang surat yang berkaitan dengan guru-guru lain dan surat tersebut hendaklah diserahkan kepada guru yang berkenaan.
34) Upacara Rasmi Sekolah
Semua guru diwajibkan hadir pada setiap kali upacara dan aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh sekolah , PPG, JPN dan badan-badan luar yang berkaitan.
35) Perhimpunan Rasmi
Semua guru diwajibkan menghadiri setiap kali perhimpunan rasmi sekolah.
36) Pembelian
a] Sebarang pembelian peralatan/bahan/alat bantu mengajar hendaklah dibuat dengan kebenaran PENGETUA. Ketua Unit/Ketua Panitia dikehendakki mengisi borang pesanan sebelum membuat pesanan.
b] Semua bil pembelian (beserta dengan salinan asal borang pesanan) mesti diserahkan ke pejabat sekolah dengan kadar segera untuk diuruskan pembayarannya. Setiap alatan yang dibeli mestilah dimasukkan ke dalam buku stok.
37) Makan/Minum Waktu Persekolahan
Gunakan tempoh masa makan/minum dengan kadar yang sewajarnya iaitu pada waktu tidak mengajar (free period) sahaja dan tidak terlalu lama. Elakkan daripada berbual kosong di kantin atau pusat sumber sekolah. 
38) Bilik-bilik khas
a] Semua guru/kakitangan bilik khas hendaklah mempastikan semua alatan serta bilik tersebut dalam keadaan selamat, bersih dan kemas. Satu senarai alatan dan perabut hendaklah ditampal di dalam bilik tersebut.
b] Sekiranya guru bilik khas menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, satu jadual penggunaan bilik hendaklah disediakan dan ditampal di pintu bilik tersebut.
c] Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik khas tanpa pengawasan guru/kakitangan yang berkaitan.
d] Satu salinan kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.
39) Elektrik dan Air
Semua guru dan kakitangan diminta memberi kerjasama ke arah menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Lampu dan kipas hendaklah dibuka pada masa-masa perlu sahaja. Sebelum meninggalkan bilik,pastikan semua suis ditutup.
Perkara yang sama juga mestilah dilakukan terhadap paip air, pintu dan tingkap.
40) Lain-lain
a] Guru-guru dan kakitangan hendaklah menjaga tingkahlaku bukan sahaja di sekolah
malah di mana sahaja/di luar sekolah. Guru sepatutnya menjadi contoh teladan kepada pelajar dari semua segi dan menjaga nama baik profesion guru dalam kalangan masyarakat setempat.
b] Guru-guru dan kakitangan dinasihatkan supaya memakai pakaian yang kemas, sopan dan menutup aurat (tidak menjolok mata) baik di sekolah atau di luar sekolah.
c] Sikap pilih kasih dan terlalu rapat dengan pelajar tidak patut diamalkan kerana biasanya ia akan menimbulkan pelbagai masalah dan prasangka.
d] Guru-guru dan kakitangan juga dinasihatkan supaya sentiasa berbincang dengan Guru PENGETUA /Penolong Kanan mengenai sebarang masalah sekolah.
e] Guru-guru dan kakitangan juga dinasihatkan supaya tidak menghebahkan/membawa keluar cerita-cerita yang agak mengelirukan pendengar ke luar dari kawasan sekolah.
f] Guru-guru dan kakitangan ditegah menggunakan sebarang peralatan sekolah untuk kepentingan peribadi.