18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

30 Januari, 2014

Majlis Jasamu Dikenang...sempena persaraan wajib guru besar, Tuan Haji Norddin b Adam




Majlis jasamu dikenang sempena persaraan tuan guru besar sksyp2, Tuan Haji Norddin Adam. Selamat menempuh alam persaraan. Terima kasih atas segala-galanya.

26 Januari, 2014

Sesi fotografi sempena persaraan guru besar


Sesi fotografi telah berlangsung dengan jayanya pada 26.1.2014. Semoga foto ini akan membawa nostalgia yang menggembirakan Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam, sempena persaraan wajib beliau pada 2.2.2014 nanti.

22 Januari, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014



Sambutan diperingkat sekolah akan diadakan pada 29 Januari 2014. Semua guru dan murid akan berpakaian kebangsaan pada hari tersebut.

08 Januari, 2014

Unjuran Target UPSR 2014

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR sekolah telah selesai mesyuarat pertama pada 8 Januari 2014. Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk menetapkan target sekolah sebagaimana rajah diatas. Semoga harapan dan impian ini akan tercapai dengan izin Yang Maha Kuasa. Amin.

Jadual waktu 2014v1.3


 Jadual waktu sekolah versi ke 3 2014 telah dimuktamadkan. Semua staf, murid dan ibu bapa boleh ke laman http://sksyp2.edupage.org/ untuk melihat dan mencetak jadual tersebut. Harap maklum.

05 Januari, 2014

Jasamu dikenang...




Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....begitulah yang telah berlaku pada penghujung Disember 2013 dimana 3 orang guru yang telah lama berkhidmat di SKSYP2 menerima pertukaran ke tempat baru. pertukaran ini adalah pilihan mereka sendiri dan berjaya mendapat tempat yang diinginkan. Ustazah Norilani Abdullah telah berada di sini sejak tahun 2004. Puan Norafizah bt Ishak pula memulakan tugas disini sejak tahun 2005 manakala Puan Lailan Mohamad telah menabur bakti disini sejak 1996.Terlalu banyak jasa kalian semua disini dan dengan ini pihak webmaster sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas budi yang telah ditaburkan. Selamat maju jaya ditempat baru dan jangan lupakan kami disini. 

Jadual Waktu Online 2014

Bermula 2014, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu secara online yang boleh diakses oleh semua pihak terutama guru, murid dan ibu bapa. Ianya boleh dilayari di https://sksyp2.edupage.org

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2014

Admin mengalu-alukan kedatangan semua pelajar kembali ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan 2014.