18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

12 Ogos, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H Maaf Zahir dan Batin

Pihak sekolah dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada guru, bekas-bekas guru, staff sokongan, semua murid, bekas-bekas murid, ibubapa, PIBG dan semua pihak yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak dengan sekolah ini. Harap maaf segala salah dan silap.




p/s: admin kena gi kursus, so kena wish awal2...

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2012

Acara ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada 12 Ogos 2012 di dewan sekolah. Perancangan awalnya adalah didataran perhimpunan namun terpaksa berubah tempat kerana hujan dan ribut yang melanda awal pagi ini di Kuala Krai. Untuk lebih banyak gambar, sila ke page facebook kami...




09 Ogos, 2012

APC 2011 dan Time Based


Tahniah diucapkan kepada guru-guru SK SYP2 yang akan menerima APC dan Time Based pada majlis hari ini yang berlangsung di SMK Bandar Kuala Krai.

Pn Normaziah bt Mahmud - Time Based DG44
Pn Rozita bt Baharuddin - Time Based DG44
En Mohd Shukri b Ahmad - Time Based DG34 
Ust. Al NAwawi b Hussin - APC 2011
Pn Raja Noor Asiah - APC 2011
Pn Zaleha bt Zakaria - APC 2011
Pn Mahiran bt Hassan - APC 2011

08 Ogos, 2012

Keputusan Ujian Percubaan UPSR 2012


Ujian Percubaan UPSR 2012
BMK : 98.9%
BMP : 95.7 %
BI : 87 %
MT : 67.4 %
SN : 95.7 %
Lulus keseluruhan : 65.2 %
5 A - 17 orang : 15 orang kelas 6 Azam, 2 orang dari kelas 6 Usaha

07 Ogos, 2012

Nuzul Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraanMalaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.