18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

27 Mac, 2012

Pelancaran Kempen Anti Ponteng...Jom Ke Sekolah 2012

Majlis diadakan pada 23 Mac 2012 dan dirasmikan oleh Penyelia HEM PPD Kuala Krai, Encik Ahmad nazeri b Mat Ali.

17 Mac, 2012

Pengisian data SAPS

Pengisian data SAPS oleh guru subjek boleh mula dilakukan pada 17 Mac 2012. Sila ambil tindakan segera.


09 Mac, 2012

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

ARKIB : 08/03/2012

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

08/03/2012 1:43pm

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.
* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

05 Mac, 2012

Kejohanan Olahraga PPD KK 2012

Seramai 15 murid sekolah kita telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara mewakili MSSZ2. Kejohanan bermula pada 5.3.2012 dan dijangka berakhir pada 8.3.2012. Sekolah kita turut diwakili oleh 2 orang guru iaitu Ustazah Lailawani dan En Nurul Fakhri.


Kejohanan Merentas Desa SKSYP2 2012

Kejohanan pada awalnya dijadualkan pada 3.3.2012 namun cuaca pada hari tersebut amat tidak mengizinkan dengan hujan lebat turun sepanjang hari. Bagaimanapun kejohanan dapat diteruskan pada 4.3.2012 dengan cuaca yang lebih baik. Peserta dilepaskan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam.

01 Mac, 2012

Latihan Pusat Kontijen Olahraga MSS Zon 2 2012

Seramai 12 orang murid kita telah dipilih menyertai pasukan MSS Zon 2 untuk ke Kejohanan Olahraga MSSD PPD Kuala Krai 2012. Latihan telah diadakan di Padang Mahkota SK SYP1 bermula jam 3.30 ptg hingga 6.00 ptg. Jurulatih adalah gabungan guru-guru Zon 2 dan sekolah kita telah diwakili oleh Ustazah Lailawani Nor dan En Nurul Fakhri Daud. Diharapkan MSS Zon 2 akan beroleh kejayaan pada temasya ini yang akan berlangsung pada 5-8 Mac 2012 nanti di padang SMV Kuala Krai.