18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

31 Disember, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru 2012 daripada warga SKSYP2. Semoga tahun baru memberi semangat baru buat semua guru dan murid untuk mencapai visi kita iaitu menjadi sekolah cemerlang di daerah Kuala Krai.

27 Disember, 2011

Mesyuarat HEM/Ko Kurikulum Bil 1 2012



Mesyuarat HEM
Pengerusi : PK Hem
Tempat : Bilik Wawasan
Masa : 9.00 am
Tarikh : 27/12/2012


Mesyuarat Ko Kurikulum
Pengerusi : PK Ko Kurikulum
Tempat : Bilik Wawasan
Masa : 11.00 am
Tarikh : 27/12/2012


26 Disember, 2011

Ahli Politik, Pegawai Kerajaan Digalak Guna Laman Sosial

Ahli Politik, Pegawai Kerajaan Digalak Guna Laman Sosial
KUALA LUMPUR: Ahli politik dan pegawai kerajaan perlu mengadaptasi kemudahan media sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat berikutan wujudnya permintaan yang tinggi untuk maklumat di dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa secara purata sembilan jam sehari untuk berinteraksi secara 'online' melalui Twitter, Friendster, Facebook serta Myspace dan mereka juga tersenarai sebagai pengguna yang meluangkan masa paling lama menggunakan media sosial.
"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran," katanya semasa berucap melancarkan 1Malaysia TV di sini, Ahad.
Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.
Perdana Menteri berkata kemudahan media sosial membolehkan penggunanya membuat penilaian di atas apa-apa isu dengan segera.
Najib sendiri, yang agak rajin berinteraksi menerusi 'Twitter', mengakui beliau sentiasa mendapat respons langsung daripada rakyat Malaysia yang mengikuti laman sosial beliau.
Mengakui hakikat kemudahan media sosial mempunyai kebaikan dan kelemahan, Perdana Menteri berkata kebaikannya ialah pengguna dapat berinteraksi secara langsung dengan rakyat yang sebelum ini tidak pernah berlaku seperti pada zaman ayahandanya, Perdana Menteri kedua Tun Abduk Razak Hussein dan zaman itu rakyat agak sukar untuk mendapatkan maklumat.
"Mereka mendapat maklumat daripada beberapa sumber rasmi sahaja tetapi hari ini pelbagai sumber menyalurkan maklumat dapat diakses malah kalau kita tidak memberi sesuatu maklumat mereka akan dapat maklumat itu daripada sumber-sumber lain. Apabila wujudnya vakum seperti ini, mereka akan mendapatkan daripada sumber-sumber lain dan adakalanya sumber yang lain itu dicampur aduk dengan cerita dongeng atau rekaan termasuk berita palsu dan fitnah," katanya.
Najib berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak cepat untuk memberi maklumat kepada rakyat dan jika boleh, melakunya pada masa sebenar.
Inilah realiti keadaan masyarakat hari ini dan untuk menawan hati generasi muda, kerajaan perlu menggunakan bahasa yang mereka pakai dan bahasa mereka adalah teknologi, katanya.
"Satu-satunya bahasa yang mereka fahami ialah teknologi," katanya Beliau berkata perkembangan teknologi hari ini berkembang dengan pantas dan kelahiran media baru telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.
Katanya majalah TIME pernah menggelarkan Malaysia sebagai negara pengguna telekomunikasi telefon selular yang paling banyak penggunanya iaitu pada kadar 124.7 untuk 100 penduduk atau pun setiap seorang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit.
Najib mengimbas zaman ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang, yang menyaksikannya menggunakan telefon bimbit model Motorola yang agak besar saiznya tetapi hari ini perkembangan teknologi telefon bimbit amat mengkagumkan.
"Bila saya buat ibadat haji, rakaman ucapan Aidiladha yang saya buat di padang Arafah dirakam daripada Iphone saya sendiri dan dihantar ke stesyen TV dan malam itu dipancarkan tanpa mengguna khidmat jurukamera RTM atau TV3," katanya.
1Malaysia TV adalah siaran televisyen secara talian yang dimajukan oleh 1MediaIPTV Sdn Bhd yang boleh ditonton melalui telefon pintar, komputer tablet dan juga komputer riba.
Saluran yang mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book of Records' sebagai media baru pertama berkonsepkan 1Malaysia itu menyediakan siaran daripada rangkaian RTM1, RTM2, TV3, TV Al Hijrah, My Youth TV, CCTV 1, E-Korea TV, Erama Music, Erama Documentary TV dan KLPOP Online Radio Streaming.
Orang ramai boleh menonton siaran televisyen itu di laman www.1Malaysiaiptv.com atau www.erama.tv/mobiletv.
Untuk pengguna telefon pintar seperti Iphone, Blackberry dan Android, mereka boleh memuat turun aplikasi televisyen tersebut melalui stor aplikasi telefon masing-masing.-

Mesyuarat Kurikulum kali pertama 2012

Mesyuarat Kurikulum 1/2012

Pengerusi : Guru Besar
Tarikh : 26.12.2012
Masa : 9.00 am
Tempat : Bilik Wawasan



 

24 Disember, 2011

Majlis Khatam Al Quran PPD KK&SK Sultan Yahya Petra 2


 Majlis Khatam AlQuran Tahun 6 PPD KK dan SKSYP2 telah diadakan di Dewan Cempaka SKSYP2 pada 15 November 2011. Majlis anjuran unit agama PPD KK bersama SKSYP2 ini telah disertai semua sekolah dari PPD KK. Setiap sekolah menghantar 2 orang pelajar dan SKSYP2 sebagai tuan rumah telah menghantar 15 pelajar. Majlis disempurnakan oleh Timb PPD KK, Tuan Haji Ramali b Deraman. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.

17 Disember, 2011

Kenangan Tahun 6 2011


Sesi bergambar kenangan telah diadakan untuk semua murid tahun 6 2011 bersama semua pentadbir dan guru-guru tahun 6. Acara ini diadakan selepas perhimpunan sebelum peperiksaan UPSR berlangsung. Disamping bergambar, guru-guru juga sempat memberikan tips terakhir kepada pelajar sebelum menduduki UPSR. 

16 Disember, 2011

Kejohanan Olahraga SK Sultan Yahya Petra 2 2011

Kejohanan Olahraga SKSYP2 tahun 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 23 dan 24 Oktober 2011. Kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam. Semua acara telah berjaya diadakan walaupun cuaca agak tidak mengizinkan dengan hujan yang turun sepanjang 2 hari kejohanan. Tahniah kepada Rumah Biru yang telah menjadi juara keseluruhan untuk edisi kali ini.

13 Disember, 2011

Taklimat SBPA SKSYP2

Taklimat SBPA akan diadakan pada 18 Disember 2011, 9.00 a.m di Bilik Wawasan oleh Tuan Guru Besar. Semua guru dan kakitangan diwajibkan hadir.







11 Disember, 2011

Jamuan Akhir Tahun Guru/Staff/PIBG @ Chantique Restaurant, KTC, KB

 Jamuan akhir tahun ini telah diadakan pada hari Selasa 26 Oktober 2011 di Restoran Chantique di Kelantan Trade Centre. Menunya adalah sup sirip ikan yu dan masakan thai yang sedap. Walaubagaimanapun tidak semua guru dan kakitangan yang hadir kerana ada yang mempunyai urusan lain yang lebih penting. Terima kasih juga kepada Puan Nik Mimi Latifah yang telah menyumbangkan sejumlah hamper untuk cabutan bertuah. Selebihnya disumbangkan oleh Kelab Guru SKSYP2. Menarik jamuan kali ini kerana sebahagian guru telah datang menggunakan bas SMV Kuala Krai.



07 Disember, 2011

English teacher from Ireland

Sekitar keputusan UPSR 2011

Sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar tahun 6 yang berjaya mendapat 5A...kepada yang tidak berjaya, ini bukanlah penamat segalanya..perjalanan anda masih jauh..teruskan berusaha untuk kejayaan masa depan...