18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

09 Mei, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 2010

Kursus Peningkatan ICT PowerPoint telah diadakan pada 8.5.2010 (Sabtu) di Makmal Komputer SKSYP2 bermula jam 8.30 pagi. Semua guru telah hadir dan bersemangat untuk kursus kali ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Norddin b Adam untuk slot Pengenalan kepada Powerpoint dan Learning Essential dan diteruskan oleh Mr Nurul Fakhri Daud untuk slot aplikasi Internet dan persembahan Powerpoint dalam P&P. Berikut senario di kursus kali ini.

Konvensyen DR MUDA peringkat PPD Kuala Krai


Pada 5.5.2010 telah berlangsung konvensyen Dr Muda di sekolah ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai. SKSYP2 telah muncul sebagai sekolah terbaik dengan merangkul hampir kesemua pertandingan yang disertai. Puan Nor Asma Mat Dam pula dinobatkan guru pembimbing Dr Muda terbaik daerah Kuala Krai. Tahniah diucapkan. 

UBB April 2010

Seramai 7 orang pelajar telah mendapat 5A dalam UBB kali ini dan dengan ini telah membawa SKSYP2 sebagai sekolah terbaik di Kuala Krai untuk UBB ke2 ini. Tahniah diucapkan kepada semua guru tahun 6 dan murid-murid tahun 6. Harapan untuk 30 orang 5A semakin menuju sasaran.

Kejayaan pasukan kriket SKSYP2

Naib Johan pada kejohanan kriket MSSK bawah 12 tahun di SMK Chabang Empat, Tumpat

Mesyuarat PIBG 2010

Perasmian oleh: 
Yang Berbahagia Dato' Ramzi b Abd Rahman
Pengerusi KESEDAR

Tempat :
Dewan Cempaka SKSYP 2


Kaunter Pendaftaran
Gulai kawah untuk jamuan
AJK PIBG 2009/2010
Ketibaan Dato' Ramzi b Abd Rahman
Hamper untuk cabutan bertuah
Ucapan perasmian
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009
Jamuan Tengahari