Home » , » National Key Result Area (NKRA) - Bidang Pendidikan

National Key Result Area (NKRA) - Bidang Pendidikan

Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu termasuk pencapaian kadar literasi dewasa sebanyak 92%, kadar penyertaan peringkat rendah yang universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi berbanding dengan negaranegara membangun yang lain. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini. Keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Yang membimbangkan, jurang perbezaan keberhasilan di antara pelajar di Malaysia juga terus meluas, misalnya, 20% daripada pelajar-pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum TIMSS dalam Matematik dan Sains pada 2007, berbanding hanya 5-7% pada 2003.Memperbaiki keberhasilan pendidikan adalah penting untuk membina satu tenaga kerja yang berdaya saing, dan kami, di peringkat awalan akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang berikut:

1. Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti system.
2. Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan
3. Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistem
4. Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua mmelalui pengurusan prestasi

Kemajuan awal yang tercapai tentang mempertingkatkan pencapaian pelajar Bagi memastikan program-program dalam NKRA dapat dilaksanakan mulai tahun 2010, beberapa perancangan awal telah pun dilaksanakan. Pencapaian termasuklah siapnya instrumen saringan dan modul pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 program LINUS, pengumuman kumpulan pertama 20 SBT dan siapnya penyenaraian kedudukan bagi 9,900 sekolah kerajaan dalam sistem ini, yang mana digunakan sebagai asas untuk mencipta ganjaran dan program pemulihan di bawah bidang tawaran baru guru besar. Akhirnya inisiatif untuk sekolah amanah sedang dalam perancangan di mana sekolah amanah pertama dijangka dibuka pada Januari 2011.
Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem

Bagi mencapai sasaran kadar penyertaan 72% dan 87% masing-masing pada hujung 2010 dan 2012 (dari kadar sekarang 67%), kami telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti, iaitu:

* Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dalam Kementerian Pelajaran (MOE) untuk mentadbir semua penyedia prasekolah
* Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta.
* Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita.
* Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah, lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun.
* Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun, dianggarkan kira-kira 10,000 kelas tambahan.
* Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah bagi mencapai kelas tambahan yang diperlukan di samping mematuhi standard kebangsaan.
* Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut.

Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiranasas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan

Satu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang baru telah direka untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (dalam Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah. Program ini mengandungi enam strategi yang memberi fokus kepada semua usaha utama literasi dan numerasi.

* Saringan pelajar dilakukan tiga kali setahun pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun, bagi mengenalpasti pelajar sama ada perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran
* Modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk di mana konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari
* Latihan hampir 17,000 guru-guru untuk mengajar modul baru LINUS dengan berkesan, selesai antara November 2009 dan Februari 2010
* Komitmen dibina dikalangan pihak yang berkepentingan melalui program kesedaran dan aktiviti yang dianjurkan untuk jabatan pendidikan di peringkat negeri dan daerah, guru besar, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang awam.
* Pemantauan dan penyeliaan intensif ke atas kira-kira 10% sekolah yang tercorot oleh pegawai-pegawai pendidikan di peringkat negeri dan daerah, dan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah MOE
* Fasilitator-fasilitator pakar dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru-guru literasi dan numerasi di sekolah-sekolah.

Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistem

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebelum dianugerah taraf SBT , sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa criteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kami menyasarkan untuk membangunkan 20 SBT menjelang tahun 2010 dan 100 SBT menjelang 2012.

SBT akan dianugerahi manfaat berikut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi:

* Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan dan pengagihan dana
* Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik
* Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan, termasuk cuti sabatikal untuk guru besar
* Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam system Pendidikan

Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasi

Mulai tahun akademik 2010, pendekatan pengurusan prestasi baru bagi guru besar dan pengetua akan mempunyai ciri-ciri berikut:

* Boleh diaplikasikan kepada semua guru besar dan pengetua semua sekolah kerajaan di Malaysia.
* Prestasi sekolah akan berasaskan kepada skor komposit yang mengandungi 70% Gred Purata Sekolah dan 30% skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
* Pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenarai mengikut kedudukan dan diumumkan pada setiap tahun mulai tahun 2010.
* Untuk melayakkan diri bagi anugerah, sekolah harus mencapai sasaran skor komposit yang telah ditetapkan atau sasaran penambahbaikan dalam kedudukan prestasi, memperoleh laporan audit tanpa teguran dan mencapai sasaran literasi dan numerasi (untuk sekolah rendah). Selain itu, guru besar dan pengetua mestilah memperolehi skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lebih dari 90 dan bebas dari tindakan disiplin.
* Guru besar dan Pengetua yang mengatasi sasaran akan diberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan (misalnya, program pertindikan, kenaikan pangkat yang dipercepatkan dan sijil pengiktirafan)
* Guru-guru di sekolah yang mempunyai guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran juga berkelayakan untuk menerima ganjaran kewangan.
* Kira-kira 10% yang berprestasi tercorot akan dikenal pasti berdasarkan kepada skor komposit yang terendah. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi mereka. Jika usaha-usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil.

0 comments:

Post a Comment

Info Asas Sekolah

SK Sultan Yahya Petra [2]
18000 Kuala Krai, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Kod Sekolah : DBA7433
Emel : petra2krai@gmail.com
dba7433.1bestarinet@yes.my

Guru Besar : En Abdullah bin Hassan
PK Pentadbiran : En Mazlan bin Che Wahab
PK HEM : En Mohd Shukri bin Ahmad
PK Ko : Puan Aigi a/p To Wen
GBK : En Sahidin bin Hashim
GPB : En Nurul Fakhri Bin Daud

Template Information

akademik

narrowsidebarads

Terkini
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. SK SULTAN YAHYA PETRA [2] - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger