18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

08 September, 2009

UPSR 2009 bermula hari ini..

Hari ini bermulalah UPSR 2009 serentak disemua sekolah diseluruh negara. SKSYP2 juga tidak ketinggalan sama. Berikut adalah senario hari pertama UPSR ini..




Murid sedang memakai safety mask.

06 September, 2009

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR TAHUN 6 2009


Majlis ini baru sahaja selesai sebentar tadi.Semua guru hadir memberikan kata-kata dan amanat terakhir kepada semua pelajar tahun 6 agar melakukan yang terbaik dalam UPSR hari Selasa depan.Majlis ini telah berlangsung di Surau sekolah dan dipengerusikan oleh Puan Noor Bani bt Mohd Yusoof.

Ucapan dimulakan oleh PK Hem, En Shukri b Ahmad yang mewakili tuan guru besar yang masih bercuti akibat jangkitan virus. Beliau menegaskan perlunya pelajar menjaga keselamatan diri dan persediaan untuk UPSR nanti. Seterusnya majlis diikuti dengan ucapan oleh guru2 yang akan bertugas di sekolah lain semasa UPSR nanti. Selepas itu semua guru turut memberi ucapan masing2. Majlis diakhiri dengan bersalaman antara murid dan guru dan bacaan selawat.

03 September, 2009

Bilik Operasi UPSR & Wabak H1N1

Beroperasi 24 jam sehari mulai 1 hingga 14 September 2009. Jika anak anda (calon) disahkan dijangkiti Influenza A H1N1 : Hubungi segera pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah berdekatan atau Jabatan Pelajaran Negeri atau telefon / faks Bilik Gerakan UPSR 2009 di bawah :
Telefon : 03-8889 3601 / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 / 03-8884 3030 / 3095
Faks : 03-8889 5561 / 03-8883 3445 / 03-8884 3010
(BILIK PENGARAH, LEMBAGA PEPERIKSAAN)
Emel : weblpm@moe.gov.my

Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

JADUAL WALTU UPSR 2009

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2009 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diedarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada 11 Ogos 2009. Berikut adalah Jadual UPSR 2009 yang telah diabstrak mengikut Sekolah Kebangsaan (SK) dalam jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:
Tarikh/Hari Masa Kod Nama Kertas

08 September 2009 (Selasa)

*8.15-9.05 pagi 011 Bahasa Melayu Pemahaman
*9.45-11.00 pagi 012 Bahasa Melayu Penulisan
*11.45-12.25 tgh hari 015/2 Mathematics Kertas 2


09 September 2009 (Rabu)

*8.15-915 pagi 015/1 Mathematics Kertas 1

10 September 2009 (Khamis)

*08.15 - 09.30 pagi 018 Science
*10.15 - 11.05 pagi 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
*11.45 - 01.00 petang 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
*02.15 - 03.45 petang 013 Ujian Aptitud

02 September, 2009

UPSR tiba lagi...

Persediaan untuk menghadapi UPSR 2009 semakin rancak. Telah berlaku beberapa perubahan kelas untuk memastikan kelancaran dan ketenteraman semasa peperiksaan pada minggu depan. Terima kasih kepada S/U Kecemerlangan sekolah kerana bertungkus lumus memastikan ujian ini berlangsung dengan tertib. Kepada semua murid tahun 1-5, sila tumpukan perhatian kepada UBB anda dan jangan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.